Friday, September 19, 2014

Liberia minta dunia bantu bendung Ebola






MONROVIA 18 Sept. - Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf meminta masyarakat dunia melaksanakan lebih banyak pendekatan bagi membendung penyebaran wabak Ebola yang melumpuhkan negara ini.

Portal berita al-Jazeera melaporkan Sirlef, semalam menyifatkan penghantaran askar Amerika Syarikat (AS) ke Afrika Barat untuk membendung wabak itu merupakan satu tindakan terbaik, namun pendekatan lebih banyak masih diperlukan.

"Wabak ini bukan hanya menjadi masalah di Liberia atau Afrika Barat. Masyarakat dunia perlu bersama-sama menangani krisis ini.

"Kami berharap keputusan AS itu akan mendorong masyarakat antarabangsa mengambil pendekatan serupa,'' katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140919/lu_09/Liberia-minta-dunia-bantu-bendung-Ebola#ixzz3Di7ghthe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment