Friday, September 19, 2014

Nasionalis Scotland menitis air mata tidak berpisah dengan UK

EDINBURGH: Penyokong pemisahan Scotland kecewa dan menitiskan air mata apabila keputusan pungutan suara semalam tidak menyebelahi mereka.
"Saya kecewa besar," kata Charlotte Darroch, 16, yang menyaksikan pengiraan undi pungutan suara yang di adakan sehari sebelumnya.
"Sepatutnya keputusannya adalah sebaliknya . Secara jujur saya merasakan pemikiran orang ramai adalah berbeza. Saya tidak fikir mereka menyedari betapa pentingnya pemisahan ini," katanya.
Darroch berkata hatinya begitu dekat sekali dengan perjuangan itu (untuk berpisah dari United Kingdom).
"Saya tidak berputus asa selepas pungutan suara itu menunjukkan minoriti besar - 1.5 juta orang, atau kira-kira satu pertiga daripada pengundi memilih 'Ya'.
"Ini bukan penghujung kempen 'Ya'," katanya.
Di kawasan bandar raya berhampiran Istana Edinburgh, aktivis berpakaian tradisional tartan dikelilingi slogan 'Ya' kelihatan menangis di dalam hujan selepas berakhirnya sambutan sepanjang malam.
Seorang rakyat Brazil, Andreia Rodrigues, 38, berkata beliau menyokong pemisahan Scotland dan United Kingdom tetapi memahami bagaimana kebimbangan ekonomi menyebabkan undi lari ke pihak menentang.
"Saya tidak fikir rakyat Scotland mahu terus berada di dalam United Kingdom tapi mereka bimbang mengenai pelbagai perkara termasuk mata wang.
"Saya tidak menyalahkan mereka. saya orang Brazil dan apabila kita menukar mata wang, ia amat terasa," katanya.
Sebaliknya, di Glasgow puak yang menentang pemisahan meraikan kejayaan mereka pada majlis 'Better Together'.
Di Edinburgh, penyokong 'Tidak' Louise Fleming, 21, berkata beliau lega dengan keputusan itu.
"Ia adalah pungutan suara berbelah bahagi. Kita sudah lihat keputusannya dan tidak menjangka akan berlaku apa-apa perubahan lagi.
"Hasil pungutan suara itu adalah tepat," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment