Sunday, September 14, 2014

Malaysia tubuh Kedutaan Besar di Azerbaijan


BAKU (Azerbaijan) 13 Sept. - Penubuhan Kedutaan Besar Malaysia di
Azerbaijan, di sini akan mempertingkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi yang akan menguntungkan rakyat
Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan melihat usaha itu adalah satu peluang
terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan dengan sektor awam dan
swasta di negara ini, di samping membina hubungan baharu antara
rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.
Berucap merasmikan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini semalam,
Najib mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Azerbaijan kerana
bantuan dan kerjasama dalam usaha mewujudkan kedutaan Malaysia di
sini.
Kedutaan yang memulakan operasinya pada April lalu terletak di
bangunan tiga tingkat di Jeyhun Hajibeyli, Dalan 2, Ev. 1, Narimanov, di
sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_11/Malaysia-tubuh-Kedutaan-Besar-di-Azerbaijan#ixzz3DG4Ssvyq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment