Sunday, October 5, 2014

Akon dikritik cuba elak dekati peminat


AKON menggunakan belon ketika mengadakan konsert di Goma.
LOS ANGELES 4 Okt. - Media di Republik Demokratik Congo mengutuk tindakan penyanyi R&B, Akon mengguna belon gergasi untuk menemui peminat dalam satu satu konsert di negara ini, yang disifatkan sebagai mahu mengelakkan dirinya daripada terkena jangkitan Ebola.
Mail Online melaporkan, kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu ketika Akon melakukan persembahan yang dihadiri kira-kira 60,000 orang peminatnya di Goma.
"Virus Ebola bukan satu wabak yang boleh dipandang mudah dan bagi mengelakkan bersentuhan dengan mana-mana individu, Akon telah masuk ke dalam belon gergasi dan bergerak di sekeliling kawasan yang dipenuhi dengan orang ramai," lapor laman web The Source.
Bagaimanapun, laman web berkenaan bagaimanapun melaporkan bahawa Akon sering bergerak menemui peminat menggunakan belon gergasi yang merupakan sebahagian daripada gaya persembahan penyanyi itu.
Menurut sumber, Akon pernah melakukan aksi sedemikian di beberapa buah negara sebelum ini termasuk di Australia dan Dubai pada 2010.
"Saya melihat diri saya sebagai anak kelahiran Afrika," kata penyanyi berkenaan ketika konsert tersebut, sekali gus menolak dakwaan laman web tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141005/lu_08/Akon-dikritik-cuba-elak-dekati-peminat#ixzz3FDSFEfX4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment