Sunday, October 5, 2014

Jemaah mula lontar jamrah


Mina: Dua juta jemaah haji mula melontar di jamrah semalam ketika sebahagian daripada umat Islam di seluruh dunia meraikan Aidiladha.

Ibadah melontar diadakan di Mina yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Masjidil Haram di Makkah.


Selepas wukuf di Arafah, jemaah bergerak ke Mina - dengan sesetengahnya berjalan kaki untuk melaksanakan satu daripada amalan utama terakhir dalam ibadah haji. Amalan melontar jamrah diambil daripada sejarah Nabi Ibrahim yang diperintah Allah mengorbankan anaknya, Nabi Ismail.

Sementara itu di seluruh dunia kira-kira 1.6 bilion umat Islam melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih unta, lembu, kerbau atau kambing - juga bersempena dengan sejarah pengorbanan kedua-dua nabi berkenaan. Tahun ini lebih dua juta umat Islam mengerjakan haji, termasuk 1.4 juta daripadanya jemaah dari luar Arab Saudi. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/05

No comments:

Post a Comment