Sunday, October 5, 2014

Kereta api Mashar mula beroperasi


Dua orang juruteknik memantau keadaan kereta api Mashair yang mula beroperasi kelmarin. - AGENSI
MEKAH 4 Okt. - Hampir tiga juta jemaah haji tahun ini lega berjaya menyempurnakan rukun Islam kelima itu, dengan umat Islam di seluruh dunia meraikan kemenangan itu dengan sambutan Aidiladha dan menunaikan solat sunat Aidiladha.
Jemaah dapat menunaikan haji dengan lebih selesa selepas projek kereta api Mashair mula beroperasi, semalam.
Laman web Arab News melaporkan, kereta api berkenaan mula beroperasi sejak awal pagi semalam membawa kira-kira 360,000 jemaah dari Arafah ke Mina sebelum membawa mereka pulang semula ke Arafah.
Kereta api tersebut yang beroperasi sehingga pukul 10 malam bertanggungjawab membawa jemaah daripada kalangan penduduk tempatan, Asia dan negara-negara Teluk.
Jurucakap operator kereta api, Abdul Rahman Shahwan berkata, semua perancangan berjalan seperti yang ditetapkan dan pegawai kerajaan turut menjalinkan kerjasama erat dengan pengurusan operasi haji bagi memastikan pegerakan jemaah berjalan lancar.
"Para jemaah diberi tiket lebih awal bagi menjimatkan masa. Kami turut menempatkan pegawai di stesen kereta api terbabit bagi memastikan tiket jemaah adalah sah, mengurangkan kesesakan dan membantu jemaah yang memerlukan bantuan," jelas Abdul Rahman.
Sementara itu, lebih daripada 1,000 sukarelawan daripada masyarakat India yang berada di tanah suci menawarkan perkhidmatan bantuan secara percuma kepada jemaah haji pada tahun ini.
Salah seorang sukarelawan berkenaan, Basheer Chekku berkata, bantuan bukan dikhususkan kepada jemaah warga emas tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
"Saya bersama rakan hanya mencari kerehdaan Allah SWT dan berharap jemaah dapat menjalankan ibadah dengan sempurna," jelas Basheer.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141005/lu_04/Kereta-api-Mashar-mula-beroperasi#ixzz3FDRJriEe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment