Sunday, October 5, 2014

Polis rusuhan membalas tindakan pihak pembantah Hong Kong



ANGGOTA polis meningkatkan kawalan keselamatan berikutan bantahan pro-demokrasi di Mongkok, hari ini. - Foto AFP
HONG KONG: Pergaduhan baharu tercetus dalam bantahan pro-demokrasi, awal hari ini dengan polis rusuhan terpaksa hadir menghalang kumpulan itu, termasuk menggunakan gas pemedih mata ketika pihak pelajar membuka semula rundingan dengan kerajaan.
Ketika bantahan memasuki hari ketujuh, ratusan ribu warga Hong Kong berhimpun dalam satu rali aman dekat bangunan ibu pejabat kerajaan dengan melaungkan kata-kata "Keamanan! Anti-keganasan!" sambil menyanyi lagu demokrasi.
Namun, senario berbeza di daerah Mong Kok dengan ketegangan baharu tercetus ketika orang ramai yang mengelilingi pasukan polis menuduh mereka bekerjasama dengan kumpulan samseng, menurut laporan wartawan AFP yang berada di kawasan berkenaan.
Pembantah pro-demokrasi meluahkan perasaan kecewa di jalanan di Hong Kong sepanjang minggu untuk membuat tuntutan mendapatkan hak mencalonkan pemimpin baharu mereka bagi Pilihan Raya 2017.

SUASANA dari pandangan atas bantahan pro-demokrasi di Mongkok, hari ini. - Foto AFP
Beijing menegaskan hanya calon mereka yang diluluskan dapat bertanding kelak.
Pemimpin pelajar awal pagi ini berkata mereka akan bertemu kerajaan andai beberapa syarat
dipenuhi selepas membatalkan rundingan yang dirancang awal sehari sebelumnya kerana marah ke atas tindakan polis dalam insiden pergaduhan awal.
"Polis bekerjasama dengan samseng," kata David Chan, pelajar berusia 22 tahun.
"Kami sudah menyaksikan polis membebaskan pihak samseng. Perbuatan ini membuat pembantah aman naik marah. Kami sudah tidak mempercayai mereka lagi." - AFP
BH

No comments:

Post a Comment