Monday, October 6, 2014

Ben Affleck pertahan Islam


LOS ANGELES 5 Okt. - Pelakon, Ben Affleck membuat kejutan dalam satu program bual bicara televisyen kelmarin, apabila dia mempertahankan Islam selepas seorang daripada panel program Real Time With Bill Maher bertindak mengkritik penganut agama itu.
Selain mengecam penulis Sam Harris yang diundang sama, Affleck turut membidas Maher kerana hos rancangan itu turut memberi gambaran negatif tentang penganut Islam.
Harris berkata, cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama tidak dapat diterima akal.
Afflect pada masa sama tidak menghargai kenyataan Harris yang mendakwa rakyat Amerika Syarikat 'telah dijaja dengan persepsi buruk tentang Islam'.
"Tunggu dulu, adakah anda individu yang secara rasmi memahami agama Islam?"
"Pandangan itu agak melampau, bersifat perkauman dan boleh juga ibarat menyatakan, 'Oh, anda seorang Yahudi penipu'," kata Affleck membalas kenyataan Harris sebagaimana lapor Hollywood Reporter.
Maher sebaliknya memberitahu Afflect bahawa dia sebenarnya tidak memahami tentang Islam.
Harris berkata, Islam buat masa ini merupakan 'penyumbang kepada idea-idea buruk', kenyataan yang turut dipersetujui Maher.
Kenyataan Harris itu membuatkan Affleck bingkas menafikan kenyataan itu dan berkata: "Kenyataan buruk itu tidak perlu anda perkatakan."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141006/lu_11/Ben-Affleck-pertahan-Islam#ixzz3FJJycxQV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment