Monday, October 6, 2014

MH370: Kapal GO Phoenix mulakan pencarian di Lautan Hindi



Kapal GO Phoenix, salah satu daripada tiga kapal akan menjalankan operasi mencari selama setahun bagi mencari bangkai pesawat pada lokasi yang jauh dari pantai barat Australia, dijangka menghabiskan masa 12 hari sebelum kembali berlabuh untuk mengisi minyak.
SYDNEY: Misi mencari pesawat MH370 diteruskan semula hari ini di kawasan terpencil di Lautan Hindi, lebih enam bulan selepas kapal terbang berkenaan hilang.
Kapal GO Phoenix, salah satu daripada tiga kapal akan menjalankan operasi mencari selama setahun bagi mencari bangkai pesawat pada lokasi yang jauh dari pantai barat Australia, dijangka menghabiskan masa 12 hari sebelum kembali berlabuh untuk mengisi minyak.
Anak kapal akan menggunakan sonar, kamera video dan pengesan minyak pesawat ketika misi mencari pesawat Boeing 777 itu di dasar laut yang hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan
dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang.
Misi mencari kapal terbang berkenaan ditangguhkan selama empat bulan bagi membolehkan anak kapal membuat pemetaan di dasar laut dalam zon pencarian, kira-kira 1,800 kilometer barat Australia.
Kawasan mencari membabitkan kira-kira 60,000 kilometer persegi yang turut dikenali sebagai "seventh arc" - jarak lautan di mana penyiasat percaya pesawat itu kehabisan minyak dan terhempas.
Selain itu, dua lagi kapal yang disediakan kontraktor Belanda, Fugro dijangka menyertai kapal GO Phoenix yang diupah Malaysia lewat bulan ini. - AP
BH

No comments:

Post a Comment