Jelas beliau, tindakan itu merupakan satu dosa kerana boleh menyebabkan kerugian kepada perniagaan sesuatu pihak.
“Mana-mana pihak baik doktor mahupun pekerja yang meminta sijil cuti sakit, kedua-duanya berdosa,” katanya dipetik daripada laporan portal Arab News.
Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan Arab Saudi (Nazaha) telah mengesahkan bahawa mereka menerima fatwa berhubung perkara itu daripada Sheikh Abdul Aziz yang bertarikh 7 September tahun ini.
Fatwa itu menyusul sebagai tindak balas kepada permintaan Nazaha yang mahukan pendapat dari mufti tentang isu tersebut.
Jawatankuasa Tetap bagi Penyelidikan Saintifik dan Ifta telah mengesahkan adalah haram untuk memberikan cuti sakit kepada individu yang tidak sakit atau tidak betul-betul sakit.
Nazaha menyatakan, pihaknya berharap fatwa itu akan meningkatkan kesedaran tentang isu tersebut serta mengelak pekerja daripada terlibat dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang dan rasuah.