Thursday, November 6, 2014

Dubur Saiful Tak Ditembusi - Ramkarpal


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 4:50 PM

PUTRAJAYA: Dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah ditembusi, demikian menurut peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Peguam Ramkarpal Singh berkata, berdasarkan bukti yang dikemukakan, wujud keraguan terhadap dakwaan bahawa Anwar meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantu ketua pembangkang itu.

"Wujud keraguan yang jelas berhubung sama ada Mohd Saiful disodomi.

"Bukti yang dikemukakan seolah-olah mencadangkan bahawa dia belum ditembusi (diliwat)," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.

Menurut Ramkarpal, ketika prosiding pendengaran rayuan Anwar yang masuk hari ketujuh pada Khamis, beliau memberitahu mahkamah bahawa isu sample DNA asing yang ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari sebagai pengadu dalam kes berkenaan tidak timbul.

"Kenapa kita bercakap soal DNA sedangkan dia tidak ditembusi (diliwat).

"Saya fikir mahkamah sudah mengambil kira pelbagai hujah yang dibangkitkan pihak pembelaan. Justeru saya yakin perayu layak untuk dilepaskan," katanya.

Sementara itu, ketua pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertahankan keterangan Mohd Saiful Bukhari bahawa anak guamnya itu diliwat.

"Oleh kerana ini kes seksual, selalunya mahkamah nak lihat apakah sokongan terhadap keterangan tersebut.

"Sokongannya ialah Mohd Saiful mengaku diliwat dan ada pancutan air mani dalam duburnya," katanya.

No comments:

Post a Comment