Thursday, November 6, 2014

Penunjuk perasaan 'bergasak' dengan polis Hong Kong

HONG KONG: Penunjuk perasaan prodemokrasi bergasak dengan polis dalam kejadian terbaru di Daerah Mong Kok, satu daripada tiga kawasan bantahan di Hong Kong, awal pagi ini.
Berpuluh anggota polis bersenjatakan belantan dan perisai membanjiri kawasan berkenaan dan berlaku pergelutan di antara polis dengan beratus-ratus penunjuk perasaan terbabit.
Dalam kejadian itu, lebih 30 orang memakai topeng Guy Fawkes pada muka mereka sebagai simbol antikapitalis bagi menuntut supaya ditegakkan demokrasi di bekas negara jajahan Britaih itu.
Fawkes adalah antara mereka yang membantah sistem kapitalis dan pernah mengancam untuk membunuh Raja Britain pada 1605.
Penunjuk perasaan itu yang diketuai pelajar, menuntut Parti Komunis China supaya menunaikan janji untuk memberi sepenuh demokrasi kepada Hong Kong, yang kembali kepada pemerintahan China pada 1997.
Ogos lalu, Beijing menawarkan kepada warga Hong Kong peluang untuk memilih pemimpin mereka pada 2017, tetapi menyatakan hanya dua atau tiga calon boleh bertanding selepas direstui jawatankuasa pencalonan. - REUTERS

No comments:

Post a Comment