Saturday, November 29, 2014

Kes perceraian termahal Britain, isteri terima RM1.79 bilion


29 November 2014 12:55 AM


Jamie Cooper-Hohn  dan Chris Hohn. – REUTERS/AGENSI

LONDON 28 Nov. – Isteri seorang pegawai kewangan di London, Chris Hohn dianugerahkan 337 juta pound (RM1.79 bilion) dalam satu kes penyelesaian penceraian paling mahal yang diputuskan oleh mahkamah Britain.
Maklumat pembayaran kepada Jamie Cooper-Hohn, 49, didedahkan semalam selepas draf keputusan mahkamah itu diserahkan kepada peguam sebelum diumumkan.
Peguam wanita tersebut dilaporkan sedang menimbang untuk mengemukakan rayuan bagi mendapatkan pembayaran yang lebih besar.
Jamie berpisah dengan Chris selepas berkahwin selama 15 tahun dan mereka berebut aset bernilai lebih 700 juta pound (RM3.2 bilion).
Pasangan suami isteri itu bertemu ketika mereka belajar di Universiti Harvard dan mempunyai empat orang anak.
Chris pada awalnya dilaporkan menawarkan Jamie suku daripada jumlah aset tersebut, namun isterinya mendakwa kemewahan yang dicapai itu adalah hasil usaha mereka berdua.
Pakar undang-undang menyatakan, kes itu merupakan kes penyelesaian penceraian antara paling mahal di Britain, namun sukar untuk mengetahui sama ada ia merupakan yang paling tinggi kerana maklumat mengenainya tidak didedahkan
Bagaimanapun, pembayaran itu mengatasi kes perceraian yang dipercayai paling mahal di Britain melibatkan mendiang hartawan Rusia, Boris Berezovsky pada 2011.
Berezovsky dilaporkan membayar antara 165 juta pound (RM877 juta) dan 220 juta pound (RM1.169 bilion) kepada bekas isterinya, Galina Besharova. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kes-perceraian-termahal-britain-isteri-terima-rm1-79-bilion-1.30394#sthash.40HGVWYh.dpuf

No comments:

Post a Comment