Wednesday, November 19, 2014

Polis Hong Kong lerai penunjuk perasaan cuba rempuh Majlis Perundangan

HONG KONG: Polis Hong Kong terpaksa bertindak terhadap sekumpulan penunjuk perasaan prodemokrasi yang cuba merempuh masuk ke bangunan Majlis Perundangan hari ini.
Kira-kira 100 anggota polis menggunakan semburan lada dan belantan ketika berdepan dengan ratusan penunjuk perasaan dengan sesetengahnya memakai topi keledar dan menghayunkan payung dalam kejadian awal pagi ini.
Empat orang setakat ini ditahan susulan kejadian itu.
"Polis mengutuk keras tindakan penunjuk perasaan yang mengganggu ketenteraman awam," kata kenyataan polis.
Pertempuran itu tercetus apabila sekumpulan penunjuk perasaan memecah pintu masuk ke bangunan majlis perundangan itu di bandar raya ini dan menggunakan penghadang besi.
"Pecahkan dan masuk," jerit seorang penunjuk perasaan yang suaranya dapat didengar dalam liputan yang disiarkan menerusi saluran televisyen TVB.
Kenyataan kerajaan menyatakan mesyuarat biasa majlis perundangan dan waktu lawatan ke kompleks berkenaan dibatalkan.
Penunjuk perasaan terbabit sebelum ini berhimpun di tengah kawasan sibuk di bandar raya ini selama tujuh minggu, bagi menuntut keadilan dalam pilihan raya ketua eksekutif Hong Kong pada 2017. - AFP

No comments:

Post a Comment