Wednesday, November 19, 2014

Ukraine: NATO beri amaran peningkatan tentera Russia

SELASA, 18 NOVEMBER 2014 @ 11:00 PM

 
KIEV: NATO hari ini memberi amaran mengenai peningkatan "amat serius" askar Russia dan senjata dalam wilayah Ukraine dan di sempadan ketika Jerman menggesa Kiev dan Moscow menghormati pelan damai.

Barat kini meningkatkan tekanan ke atas Russia berhubung konflik di Ukraine susulan sidang kemuncak G20 di Australia yang tegang hujung minggu lalu yang mana Presiden Russia, Vladimir Putin pulang lebih awal.

Di Brussels, pemerintah NATO, Jens Stoltenberg, memberi amaran jelas kepada Moscow berhubung konflik selama tujuh bulan di timur Ukraine yang sudah mengorbankan lebih 4,100 orang dan mengeruhkan hubungan antara Barat dan Russia ke tahap semasa Perang Dingin.

Stoltenberg berkata, "terdapat peningkatan amat serius" anggota tentera, artileri dan sistem pertahanan udara di dalam Ukraine dan di sebelah sempadan ketika beliau tiba untuk menemui menteri pertahanan EU di Brussels.

"Russia mempunyai pilihan. Russia boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian damai yang dirundingkan atau Russia boleh terus mengikuti laluan pengasingan diri," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment