Friday, December 19, 2014

Mahu saman ulama ‘kontroversi’

Jeddah: Beberapa warga Saudi di Jeddah merancang memfailkan saman terhadap ulama, Ahmed Qassim Al-Ghamdi kerana menggalakkan wanita supaya tidak menutup wajah mereka dan bergaya di khalayak ramai.
Mereka yang menentang pandangan Ahmed itu turut menganggap kenyataannya akan menggalakkan orang ramai melanggar ajaran syariah dan ulama negara itu.
Mereka menggesa pihak berkuasa supaya tidak membenarkan Ahmed memberi ceramah berhubung hal ehwal syariah selain melarang dia muncul dalam siaran televisyen dan media lain negara itu.
Kumpulan itu turut menyelar pendirian lebih terbuka ulama terbabit berhubung muzik dan percampuran antara lelaki dengan wanita.
Ahmed yang juga Ketua Suruhanjaya Mempromosi Nilai dan Pencegahan Maksiat (Haia) sebelum ini pernah menerima ancaman bunuh selepas mengisytiharkan wanita boleh mendedahkan wajah mereka di tempat umum selain menyokong larangan memandu terhadap golongan itu dihapuskan.
Dia kerap dikritik kerana isterinya tidak berniqab.
Ini bukan kali pertama Ahmed yang sebelum ini terkenal kerana mengeluarkan pelbagai fatwa kontroversi berdepan kemarahan orang ramai. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:12 AM


AHMED dan isterinya ketika muncul dalam satu rancangan televisyen Dubai baru-baru ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17380#sthash.jvWBJ3iV.dpuf

No comments:

Post a Comment