Friday, December 19, 2014

Tiada tanah perkuburan


Agensi
Makkah
Tidak ada tanah perkuburan di Masjidilharam.
Ketua pasukan keselamatan khas masjid berkenaan berkata demikian sebagai mengulas laporan Selasa lalu kononnya pekerja menemui beberapa tulang tertanam di kawasan Bukit Safa, tetapi tidak dapat disahkan serta-merta sama ada ia rangka manusia atau haiwan.
Brigadier Mohammed Bin Wasel Al-Ahmadi berkata: “Berita kononnya ada penemuan tanah perkuburan di kawasan di barat Masjidilharam itu tidak benar.”
Laman web media sosial sebelum ini memuat naik gambar rangka yang didakwa ditemui di Masjidilharam oleh pekerja yang terbabit dalam peringkat ketiga projek pembesaran kawasan tawaf.
“Kami tidak menerima sebarang berita mengenai kewujudan tanah perkuburan di Masjidilharam. Jika kami mempunyai bukti kukuh, kami akan mengumumkannya,” kata Mohammed.
Gambar yang disiarkan media sosial menunjukkan beberapa pegawai keselamatan menggali lubang untuk memeriksa sumber tulang itu dan memastikan apa lagi yang boleh ditemui.
Jurucakap Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci Ahmed Al-Mansouri berkata, kesahihan laporan dan gambar itu akan diperiksa dengan teliti.
Dia bagaimanapun menasihatkan media supaya tidak menyebarkan berita itu yang mungkin boleh menjejaskan kesucian Masjidilharam dan berkata, berita mengenai kawasan tanah haram perlu disahkan sebelum diterbitkan.
Dalam pada itu, akhbar Makkah Daily semalam memetik satu sumber majlis terbabit sebagai berkata, tulang yang ditemui itu ialah tulang haiwan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:12 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17376#sthash.y83K8Bz4.dpuf

No comments:

Post a Comment