Friday, December 19, 2014

Rundingan damai Ukraine-pemberontak hujung minggu ini - Hollande

BRUSSELS: Rundingan damai antara pemimpin Ukraine dengan Kremlin yang menyokong pemberontak mungkin diadakan Ahad atau Isnin ini di Minks, ibu negara Belarus.
Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Perancis, Francois Hollande yang menurutnya rundingan turut dihadiri wakil kerajaan Russia dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE).
"Rundingan ini akan diadakan pada Ahad atau Isnin ini," kata Hollande selepas menghadiri Sidang Kemuncak Eropah di sini, hari ini.
Beliau merujuk rundingan damai itu akan membabitkan puak pemisah dan delegasi kerajaan Ukraine,
Hollande berkata, beliau dan Presiden Russia, Vladimir Putin, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Canselor Jerman, Angela Merkel akan berbincang semula menerusi telefon mengenai pertemuan mereka di sidang kemuncak itu, Selasa lalu.
Kelmarin, Poroshenko berkata beliau berharap pertemuan di Minsk membabitkan pihak yang berkaitan akan menghasilkan perjanjian damai antara puak pemisah dengan kerajaan Ukraine pada September nanti. - AFP

No comments:

Post a Comment