Sebuah trak musnah akibat bedilan roket kumpulan pemisah pro-Rusia di bandar pelabuhan Mariupol, selatan Ukraine, kelmarin.
Sebuah trak musnah akibat bedilan roket kumpulan pemisah pro-Rusia di bandar pelabuhan Mariupol, selatan Ukraine, kelmarin.
BRUSSELS - BELGIUM . Kesatuan Eropah (EU) mempertimbangkan untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi mencari jalan penyelesaian untuk menamatkan krisis antara Rusia dan Ukraine selepas insiden keganasan terbaharu yang meragut kira-kira 30 nyawa di pelabuhan Maruipol, kelmarin.

Menteri Luar Latvia, Edgars Rinkevics menerusi akaun Twitter beliau menggesa Majlis Hal Ehwal Luar EU supaya mengadakan satu mesyuarat luar biasa, minggu ini.

Dalam satu kenyataan lain, Menteri Luar Latvia mendakwa situasi yang semakin meruncing itu jelas menunjukkan Rusia tidak berminat untuk menghentikan konflik terbabit secara aman.

Susulan daripada itu, EU dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menggesa Moscow menamatkan sokongan terhadap kumpulan pemisah di Ukraine. - AFP