Kamaruzzaman, 63, pemimpin Parti Jamaat-e-Islami digantung di Penjara Tengah Dhaka pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan selepas Mahkamah Agung menolak rayuannya terhadap hukuman mati yang dijatuhkan oleh sebuah tribunal khas atas ke­salahan melakukan pembunuhan dan penyeksaan orang awam semasa perang itu.
Beliau sebelum ini enggan memohon pengampunan daripada Presiden.
Pemangku Ketua Parti Jamaat-e-Islami, Maqbul Ahmed dalam satu kenyataan berkata: “Kerajaan, dengan cara yang amat terancang membunuh beliau (Kamaruzzaman) dalam satu tindakan balas dendam politik.”
Pasukan separa tentera, Pengawal Sempadan Bangladesh dalam pada itu dikerah ke seluruh negara bagi mengawal kea­daan daripada sebarang unsur demonstrasi dengan kesemua jalan menghala ke penjara ditutup.
Sementara itu, penyokong kerajaan memuji langkah itu dengan mengadakan beberapa perhimpunan menggesa kes-kes lain membabitkan jenayah perang di­selesaikan segera, dengan penunjuk perasaan menawarkan manisan kepada rakan-rakan mereka sebagai mengalu-alukan hukuman tersebut.– REUTERS