Tuesday, September 1, 2015

Bai'ah tidak lagi sah

Ahmad Awang
Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang
KUALA LUMPUR - Bai'ah dilafazkan wakil rakyat Pas yang meninggalkan parti itu tidak lagi sah selepas terkuburnya PR.

Penasihat Umum Parti Pekerja, Ahmad Awang berkata, ini kerana kerusi dimenangi mereka dalam PRU13 lalu adalah atas tiket PR dan bukan Pas semata-mata.

“Calon Pas yang guna lambang bulan bertanding bukan atas nama Pas bersendirian tetapi PR. Jadi kemenangan mereka adalah dalam PR.

“Ketika mereka berbai'ah sebagai calon, walaupun atas nama parti tapi hakikatnya di bawah PR. Sekarang PR dah roboh, maka apa yang terikat dalam bai'ah tersebut tidak lagi sah,” katanya dalam sidang media pengumuman Gerakan Harapan Baru sebagai parti politik dengan nama Parti Pekerja, di sini, semalam.

Antara wakil rakyat yang meninggalkan Pas dan menyertai Parti Pekerja ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Mengulas lanjut mengenai kemenangan Pas atas nama PR, Ahmad mengambil contoh kerusi yang ditandingi DAP atas nama Pas.

“DAP tak bertanding di Terengganu tetapi menyokong calon Pas. Ini menyebabkan Pas menang di kerusi yang dahulunya kalah.

“DAP juga pernah guna lambang Pas kerana hubungan mereka koalisi (dalam PR) itu. Malah, Setiausaha Agung Pas juga pernah keluarkan surat watikah dengan lambang Pas kepada DAP,” katanya.

No comments:

Post a Comment