Tuesday, September 1, 2015

EU adakan mesyuarat tangani krisis migran

EU adakan mesyuarat tangani krisis migran
Sebuah keluarga cuba menyusup masuk ke Hungary melalui pagar berduri berhampiran sempadan Hungary dan Serbia. - Foto AFP
BRUSSELS - BELGIUM. Kesatuan Eropah (EU) memberitahu menterinya dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pada 14 September depan bagi membincangkan krisis pendatang yang semakin meruncing.

Kerajaan Luxembourg, yang kini memegang jawatan presiden pusingan EU berkata, perbincangan mengenai kemasukan pendatang asing akan diadakan di ibu negara Belgium di Brussels.

"Dalam usaha untuk menilai keadaan semasa, tindakan politik akan dijalankan dan untuk membincangkan langkah seterusnya bagi meningkatkan lagi tindak balas Eropah," menurut Menteri Luar Luxembourg, Jean Asselborn.

Pengumuman itu dibuat selepas Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius, mengkritik beberapa negara Eropah Timur kerana tidak mahu menerima ramai pendatang, dan pembinaan tembok oleh Hungary bagi mengelakkan kemasukan migran adalah tidak menghormati nilai bersama Eropah.

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls turut memberitahu, setiap permintaan suaka perlu diperiksa dengan teliti, di mana orang yang melarikan diri daripada peperangan, penganiayaan dan penindasan perlu dialu-alukan.

Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bang-Bangsa Bersatu (PBB), hampir 300,000 migran menyeberangi Mediterranean tahun ini, dengan sebahagian besar daripada mereka melarikan diri dari konflik di Afrika, Asia, dan Timur Tengah lapor Press TV.

No comments:

Post a Comment