Tuesday, September 1, 2015

Suu Kyi gesa penduduk mengundi

Aung San Suu KyiYANGON - MYANMAR. Ketua pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi memulakan kempen yang dinamakan sebagai "kempen bagi mendidik para pengundi”.

Kelmarin, beliau membuat lawatan ke beberapa kampung dekat ibu kota Naypyitaw untuk menggalak penduduk supaya keluar mengundi.

Suu Kyi menegaskan bahawa kempen itu bukan untuk partinya, iaitu Liga Kebangsaan dan Demokrasi (NLD).

"Jangan takut untuk keluar mengundi, walau apa pun ancaman yang datang. Tiada siapa yang tahu anda mengundi untuk siapa," katanya.

Kenyataannya itu sebagai membalas amaran yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pilihan raya, yang menyatakan bahawa musim berkempen secara rasmi belum bermula.

Kempen pilihan raya akan bermula pada 8 September dengan 90 parti dijangka bertanding untuk mendapatkan kerusi Parlimen.

NLD dijangka akan meraih undi majoriti. - ET

No comments:

Post a Comment