Friday, October 23, 2015

Ahli Parlimen BN Ada Hak Undi Tak Percaya - Ku Li


Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 8:22 PM
Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai hak untuk mengundi usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketika diminta berkongsi pandangan, Razaleigh penyokong BN dilihat tidak mungkin akan mengundi usul tidak percaya terhadap Bajet 2016.

"Pada kebiasaannya, saya tidak fikir mereka akan mengundi menolak bajet.

"Tetapi berdasarkan isu-isu substantif dan jika mereka berfikiran perlu bagi menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, maka mereka berhak melakukannya," kata ahli Parlimen Gua Musang ini kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Walau bagaimanapun, Razaleigh tersipu apabila ditanya kecenderungannya terhadap usul itu.

"Dengar dulu, apa kata mereka. Kita datang ke Parlimen dengan fikiran terbuka dan lihat hujah yang mahu mereka bentangkan," katanya.

Beliau berkata pembangkang mempunyai hak untuk usul itu jika mereka mempunyai angka.
Tengku Razaleigh tampil sebagai sebahagian daripada sekumpulan pemimpin BN yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohammad pada 12 Oktober lalu.

Kumpulan itu berkumpul untuk menentang pendakwaan terhadap bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Pada Khamis, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Untuk berjaya, usul itu perlu mempunyai 112 undi daripada 222 ahli parlimen. Walaupun dengan sokongan PAS, pembangkang hanya boleh mengumpul 88 undi.

Selepas penggantungan penasihat DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Dewan Rakyat pada Khamis, bilangan undi menurun ke 87. Nasib usul sememangnya bergantung kepada ahli Parlimen BN.

Menurut Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, pertemuan rahsia antara pemimpin pembangkang dan ahli Parlimen BN yang tidak dinamakan telah diadakan berhubung undi tidak percaya.

No comments:

Post a Comment