Friday, October 23, 2015

Gambar Facebook Diguna Dalam Perisikan


Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 11:35 AM

CANBERRA: Gambar daripada laman web media sosial seperti Facebook boleh digunakan dalam pangkalan data bagi menangani keganasan di Australia.
Undang-undang baharu itu boleh dikuatkuasakan tanpa kelulusan Parlimen.
Akhbar Guardian melaporkan, pegawai kanan pejabat Peguam Negara mengesahkan gambar daripada media sosial boleh digunakan dalam sistem itu.
Ia dikenali sebagai 'the capability' (keupayaan) walaupun pengkritik bimbang mengenai kekurangan 'ketelusan' sistem berkenaan.
Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan, mengumumkan bulan lalu kerajaan akan memperuntukkan AS$13.3 juta (RM57 juta) untuk membangunkan pangkalan data (Keupayaan Penyesuaian Biometrik Wajah Kebangsaan) yang akan menyimpan gambar untuk digunakan pegawai penguat kuasa undang-undang bagi mengesan pengganas.
Dipercayai imej itu diperoleh daripada dokumen rasmi seperti lesen memandu, gambar pasport atau imej yang diambil daripada kamera keselamatan. 
Kerajaan mendakwa teknologi itu penting kerana wajah manusia unik, sama seperti cap jari seseorang.
"Ia memastikan Australia selamat dengan melindungi identiti mereka dan membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti seseorang secara tepat dan berkesan," kata Keena seperti dipetik Perbadanan Penyiaran Australia (ABC). 

No comments:

Post a Comment