Friday, October 23, 2015

Polis sedang menjalankan siasatan kenyataan Dr M


Dr Mahathir

23 OKTOBER 2015
Dr Mahathir Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar masih menjalankan siasatan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka pada Ogos lepas.

Beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak yang polis tidak menjalankan siasatan terhadap Dr Mahathir.

"Jangan ingat apabila kita tidak memanggil beliau (Tun Mahathir) kita tidak jalankan siasatan. Siasatan tetap dijalankan tetapi apabila perlu panggil dan merakam keterangan baru kita lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa kertas siasatan telah dibuka terhadap Dr Mahathir.

"Kita buka kertas siasatan di atas kenyataan dibuat beliau selepas menerima laporan polis dengan menyebut beberapa ahli Umno terima imbuhan dan bukannya penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 4," katanya selepas menutup  program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan program Diploma Sains Siasatan Sesi 2013/2014 di sini, hari ini.  

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata daripada tiga kertas siasatan tersebut, dua daripadanya melibatkan siasatan yang sedang dijalankan, manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Menyentuh mengenai kewujudan laluan baharu di Sumatera yang digunakan penyeludup dalam kes pemerdagangan manusia, beliau berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Indonesia.

Selain melakukan pemantauan dari semasa ke semasa, serta akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia rentas sempadan itu, ujarnya.

Khalid diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa wujud trend baharu penyeludupan yang kini beralih ke Indonesia, sebelum membawa menyeludup mereka ke Malaysia.

Sebelum ini, mereka menggunakan sempadan Malaysia-Thailand untuk melakukan aktiviti berkenaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. - Bernama

No comments:

Post a Comment