Thursday, October 29, 2015

Najib saman Liong Sik



Oleh Ahmad Johari Ali

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung penerbitan artikel yang mendakwa Najib menyalahgunakan dana kerajaan.
Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi kelmarin.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib berkata Liong Sik mengeluarkan kenyataan itu yang diterbitkan portal Malay Mail pada 3 Oktober lalu.
Perdana Menteri berkata, Liong Sik selaku defendan secara salah dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah itu pada satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, di ibu negara.
Beliau berkata, perkataan 'Najib's' yang dinyatakan dalam artikel fitnah itu merujuk secara spesifik dan secara munasabahnya difahami serta dipercayai merujuk kepada beliau.
Katanya, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau (Najib) menyalahgunakan dana kerajaan ke dalam akaun peribadi untuk kepentingan peribadi, menyalahgunakan dana kerajaan milik syarikat pelaburan kerajaan, 1MDB serta mengkhianati kepercayaan rakyat dengan menyalahgunakan kuasanya.

No comments:

Post a Comment