BERLIN - JERMAN. Sekurang-kurangnya 60 pencari suaka dari Kosovo, Montenegro dan Albania yang memasuki Jerman bakal dihantar pulang ke negara asal.
Tindakan itu terpaksa diambil kerana kesemua mereka tidak layak mendapat status pelarian.
"Seperti yang diketahui, ketiga-tiga negara Balkan ini telah dinyatakan sebagai aman pada September lalu.
"Oleh itu, dokumen dan permohonan mereka ditolak," kata jurucakap pihak berkuasa Jerman.
Sekitar 104,460 pelarian memasuki negara ekonomi terbesar di Eropah itu pada bulan Ogos lalu.
Jerman menganggarkan sekitar 800,000 lagi pelarian tiba tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding tahun lalu. - CNN