Thursday, November 27, 2014

Amalan sebelum tidur

Like & Share!

Apakah hukum tidak tunaikan janji..?



6 hrs ·

Soalan: 
Apa komen ustaz tentang ahli politik yang berjanji macam-macam tetapi apabila menang tidak tunaikan janji. Apakah hukum tidak tunaikan janji..?

Jawapan : “Ciri-ciri orang munafiq itu ada tiga.” Itu adalah ciri-ciri, Nabi tidak menghukum orang itu munafiq, sebab itu kita jangan mudah menghukum orang munafiq. Sebab apabila kita menjatuhkan hukum munafiq ke atas seseorang, itu bererti kita menjatuhkan hukum kafir ke atasnya, kerana munafiq di dalam Islam hakikatnya adalah kafir. Munafiq adalah orang yang menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan keimanan.

Namun kita boleh mengatakan seseorang itu ada ciri-ciri munafiq. Kerana Nabi mengatakan bahawa di antara ciri-ciri munafiq adalah “Apabila dia berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat.”.. Fathul Bari Jahya....

#JanjiHapusAktaHasutanTinggalJanji
Apa komen ustaz tentang ahli politik yang berjanji macam-macam tetapi apabila menang tidak tunaikan janji. Apakah hukum tidak tunaikan janji..?
Jawapan : “Ciri-ciri orang munafiq itu ada tiga.” Itu adalah ciri-ciri, Nabi tidak menghukum orang itu munafiq, sebab itu kita jangan mudah menghukum orang munafiq. Sebab apabila kita menjatuhkan hukum munafiq ke atas seseorang, itu bererti kita menjatuhkan hukum kafir ke atasnya, kerana munafiq di dalam Islam hakikatnya adalah kafir. Munafiq adalah orang yang menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan keimanan.
Namun kita boleh mengatakan seseorang itu ada ciri-ciri munafiq. Kerana Nabi mengatakan bahawa di antara ciri-ciri munafiq adalah “Apabila dia berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat.”.. Fathul Bari Jahya....

gadis hilang


Sebarkan. Semoga membantu.
asslamualaikum///..ada kes anak kepada adik bradik kita di langkawi dilarikan orang... last dilihat di kawasan port klang...mohon sebarkan..jika ada info boleh berhubung dengan paduka kekanda amirul 0112-3154839.

Jutawan China bahagi-bahagi rumah mewah pada tetangga miskin. Hebatnya dia

Jutawan China bagi-bagi rumah mewah pada tetangga miskin
Jutawan China bagi-bagi rumah mewah. ©2014 Merdeka.com 

 Xiong Shuihua, pengusaha berjaya yang memiliki perniagaan industri baja, dulunya membesar  di desa Xiongkeng, kota Xinyu, sebelah selatan China. Dia ingat  ketika remaja, para tetangga sering membantu kehidupan keluarganya. Terutama memberi pinjaman tanpa bunga ketika ayah dan ibunya sedang kesulitan kewangan. 
Kejayaan menjadi raja perniagaan, Shuihua berusaha tidak lupa budi baik tjirannya. Dia membahagi-bahagikan rumah mewah kepada seluruh warga di desa tempat dia  membesar. Dia sedih melihat mereka sebahagian masih hidup miskin, sehingga perlu memperoleh rumah yang  sepatutnya, seperti dilansir Daily Mail, Khamis (27/11).
Tak cuma membahagikan rumah mewah, perusahaan Shuihua sekaligus menyediakan makanan mewah pada para lanjut usia tiga kali sehari.

"Aku mengumpulkan banyak wang hingga aku tahu aku akan melakukan hal ini (memberikan rumah), dan aku tidak akan lupa aku berasal dari mana," ujarnya.
Ada 72 keluarga yang tinggal di desa tersebut. Mereka semua hidup dalam keadaan yang memprihatinkan dan dengan jalan masih berupa tanah berlumpur
Shuihua mengatakan dia ingin  membayar hutang masa lalu, sekaligus memastikan orang-orang yang membantu keluarganya dan dirinya semasa kecil mendapatkan kembali wang mereka yang dulu dipinjamnya.

Qiong Chu (75), penduduk tempatan desa tersebut mengatakan terkejut pengusaha itu masih ingat apa yang mereka lakukan. "Saya ingat orang tuanya. Mereka orang-orang yang berhati baik dan sangat peduli terhadap orang lain. Dan hebatnya, puteranya mewarisi kebaikan hati mereka."

Apa yang dilakukan Shuihua membuat desa ini terkenal ke seantero negeri. Ketika ini, sekitar 27 persatus orang di China tinggal dibawah garis kemiskinan.
sumber: Merdeka.com

Hapus jawi, kemalangan besar timpa orang Melayu


ASLANI M | .
KOTA BHARU: Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan pemansuhan tulisan jawi pada 1960-an menyebabkan semakin ramai orang Melayu tidak mampu membaca tulisan jawi.

Kesannya, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) majalah Pengasuh yang diterbit sejak 1918 dalam tulisan jawi tidak popular berbanding majalah lain.

“Inilah kemalangan yang besar menimpa tamadun orang Melayu apabila tulisan jawi dimansuhkan Menteri Pelajaran ketika itu.

“Pemansuhan itu menyebabkan beberapa majalah yang diterbit dalam tulisan jawi seperti Pengasuh dan Dian terjejas di pasaran.

“Kalau diambil kira dalam aspek perniagaan mereka boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana memansuhkan tulisan jawi,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Wacana Majalah Pengasuh di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Wacana itu diajur Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Kelantan (Maik) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dua lagi kertas kerja dibentang Zaidi Hassan dari Perpustakaan Islam Dar Nur al-Zahra' dan Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid.

Hadir sama Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Serpuddin Mohamad, mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaffar.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, tulisan jawi dimartabatkan semula pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan mewujudkan pengajian Jawi, al Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) di sekolah-sekolah rendah.

“Sejak J-QAF diperkenalkan semakin ramai pelajar yang boleh membaca dan menulis tulisan jawi. Bagaimanapun selepas Pak Lah tidak lagi menjadi ketua kerajaan, J-QAF tidak lagi berkembang sehingga ke peringkat sekolah menengah,” ujarnya. -HARAKAHDAILY 27/11/2014

Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.

Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Kekal Akta Hasutan, janji Najib tak boleh percaya


MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 dilihat keputusan terdesak bagi menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, desakan dari semua peringkat sayap di dalam Perhimpunan Agung Umno memaksa Najib melanggari janji sendiri sebelum ini.

"Najib telah melanggari slogan janji ditepati, oleh kerana ingin memastikan kedudukannya tidak hilang beliau terpaksa mungkir janji.

"Sebelum ini beliau sendiri mengatakan Akta Hasutan itu akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta yang baru tetapi bila merasakan akan ada desakan mengenai kedudukan, janji terpaksa dicapatikan," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, keputusan Najib ini membuatkan rakyat hilang keyakinan terhadap janji-janji yang telah beliau katakan sebelum ini.

"Rakyat tidak akan percaya lagi dengan apa yang Najib janji selepas ini, untuk menjaga kedudukan janji dengan rakyat beliau khianati," sambung beliau.

Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta itu.
  
Katanya, kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.
  
"Akta Hasutan akan terus dikekalkan. Malah akan dipertahan, diperkuat dan diperkukuhkan," tegasnya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menyifatkan keputusan Najib itu dilihat menghina Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang sedang merangka drat Akta Keharmonian Nasional bagi mengantikan Akta Hasutan 1948.

"Kerajaan sepatutnya mendengar terlebih dahulu hasil kajian daripada jawatankuasa tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

"Keputusan secara tergesa-gesa ini menyebabkan berlakunya pembaziran dari segi masa dan wang, kalau betul Najib mengekalkan akta itu beliau juga perlu mengumumkan pembubaran jawatankuasa tersebut," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Rizab Melayu: Kelantan paling luas di Malaysia


SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Ketika Wanita dan Pemuda Umno terkial-kial mahu mempertahan tanah rizab Melayu, tanpa sedar negeri yang tidak diperintah Umno dan BN lebih luas tanah rizab terbabit.

Ini dibuktikan Kelantan yang mencatat tanah rizab Melayu tertinggi di negara ini iaitu seluas 1,308,686.97 hektar.

Statistik itu dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata keluasan tanah rizab Melayu di Kelantan tidak pernah susut atau berkurangan.

Katanya, Kelantan satu-satunya negeri yang mempunyai aset tanah rizab Melayu yang paling tinggi di Malaysia.

“Tanah rizab Melayu sentiasa terpelihara sehingga ia kekal antara yang tertinggi di negara ini.

“Sekiranya ada tanah rizab Melayu digunakan ia akan digantikan dengan keluasan yang sama sebagaimana diperuntukkan Fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini.

Pada Persidangan Wanita dan Pemuda Umno semalam kedua-dua sayap Umno itu tanah rizab Melayu dipertahankan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bimbang kemerosotan tanah rizab Melayu yang jatuh mendadak daripada 50 peratus kepada 12 peratus.

Begitu juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mahu Peguam Negara diberi kuasa melindungi dan mempertahan tanah rizab Melayu melalui pindaan Enakmen Rizab Melayu.

Ahmad Fadhli berkata, tanah rizab Melayu di Kelantan membentuk 87.6 peratus daripada keluasan keseluruhan tanah di negeri tersebut iaitu 1,493,765.10 hektar. – HARAKAHDAILY 27/11/2014

Perhimpunan Agung Umno di hujung kuasa


DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .
KETAKUTAN hilang kuasa dan euforia paranoid sedang menggema hangat di PWTC, seolah tanah leluhur ini sedang diperintah bangsa asing. Ironisnya negara ini diperintah oleh Umno, parti yang lahir pada 11 Mei 1946 dan mempunyai jajaran Perdana Menteri berkeahlian Umno.
Tema bangsa Melayu akan hilang daripada peta kuasa, hilang segalanya sedang disenandungkan dengan sajian melankolik oleh pemimpin-pemimpin Umno dan para perwakilan yang sedang bersidang. Termuntah segalanya melalui pantun, pepatah petitih, seloka bahkan terjahan semangat akan kebimbangan hilang kuasa ini.
PRU13 yang lalu telah menghantar isyarat yang jelas bahawa parti Melayu yang bersalut KKN ini semakin berada dihujung tampuk kekuasaan dan ternyata Umno berkuku di kawasan pedalaman yang tidak akses kepada maklumat dan ilmu yang benar.
Talian hayat Umno dan BN ini juga bergantung dengan Sabah Sarawak, malah ternyata jelas Umno ditolak oleh kelas menengah Melayu negara ini. Cuba kita bandingkan prestasi Umno BN dalam PRU12 dan juga dalam PRU13, maka rakyat dapat menghidu ketakutan Umno ini.
Kedudukan ahli Parlimen juga berlaku perubahan berbeda dengan PRU12 di mana BN mempunyai 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 82 kerusi Parlimen. Kali ini menyaksikan dalam PRU13, BN hanya memperolehi 133 kerusi Parlimen. Kali ini Pakatan Rakyat mempunyai 89 kerusi Parlimen. Keseluruhan kerusi Parlimen yang dipertandingkan ialah sebanyak 222 kerusi.
Di peringkat negeri-negeri juga BN mengalami kemerosotan yang sangat drastik, dalam PRU12 yang lepas, BN mempunyai 344 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), manakala Pakatan Rakyat mempunyai 161 kerusi Dun.
Lonjakan kali ini sangat menarik untuk dibedah apabila PRU13 ini, BN mempunyai 275 kerusi Dun dengan makna BN kehilangan sebanyal 71 kerusi Dun. Pakatan Rakyat yang menyaksikan permuafakatan politik PAS, PKR dan DAP telah memperolehi 230 kerusi Dun. Jumlah keseluruhan kerusi Dun ialah sebanyak 505 kerusi.
Pilihan raya umum kali ini juga menyaksikan pertama kali undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat, jika dalam PRU12, BN telah memperolehi 4.0 Juta pengundi, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 3.7 Juta undi popular. Dalam PRU13 ini suasana sangat berbeza. BN 5.2 juta, Pakatan Rakyat 5.5 juta (Pakatan Rakyat lebih popular).
Dalam PRU ini juga menyaksikan peningkatan jumlah keluar mengundi yang paling ramai dalam sejarah pilihan raya. Jumlah peratusan ini mengalahkan negara maju dan sangat disangsikan malah dikaitkan dengan undian berganda.
Koordinasi antara JPN dan parti berkuasa telah menjayakan operasi undian berganda. Banjiran warga asing yang mengundi juga menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang cukup luarbiasa kepada negara sedang membangun seperti Malaysia.
Peratus keluar mengundi dalam PRU12 ialah seramai 8.0 Juta (76%). Manakala dalam PRU13 pula seramai 10.4 Juta atau 80 peratus yang keluar yang keluar mengundi.
Peratusan sangat tidak logik dengan kadar pertambahan penduduk dan juga tahap pendidikan penduduk, semakin pedalaman, semakin tinggi kadar keluar mengundi.
Sangat ironis sekali, terutama apabila kadar keluar mengundi saluran 1 yang sangat tinggi. Pengundian berganda adalah salah satu senjata BN untuk menang dengan cara yang sangat kotor. Ianya dikesan mula digunakan dalam 3 pilihan raya terakhir ini, bersinergi beberapa jabatan kerajaan dengam modus operandi yang sangat licik.
Dalam isu undi popular, sejarah menyaksikan BN tidak berjaya menawan hati rakyat seluruhnya. Kalau berdasarkan undi popular Pakatan Rakyat mengatasi BN dalam PRU13.
BN cuba menyembunyikan kerja jahat persempadanan pilihan raya yang pernah mereka buat iaitu dibanyakkan kerusi Parlimen di kawasan Sabah, Sarawak dan juga kawasan pengundi bukan Melayu yang ramai, manakala kawasan pengundi Melayu yang ramai tidak dipecahkan kawasan Parlimen.
BN memperoleh 5.2 juta undi popular sedang Pakatan Rakyat memenangi 5.5 juta undi popular. Bererti Pakatan Rakyat memungut lebih kurang 300,000 undi berbanding BN.
Tetapi oleh kerana kerusi Parlimen tidak seimbang dari segi bilangan pemilih, contoh, umpamanya ada kawasan Parlimen yang jumlah pemilihnya lebih kurang 10,000 atau 25,000 (banyak di Sarawak) sedang di Selangor beberapa kerusi Parlimen mencecah lebih 100,000, begitu juga kawasan majoriti Melayu seperti di Baling, Sik, Hulu Terengganu, Kemaman kadar pengundinya sangat tinggi.
Jadi jika sesebuah parti memenangi satu kerusi bilangan pemilihnya melebihi 100,000 orang dan parti yang lain memenangi di empat kerusi di Sarawak masing-masing satu kerusi bilangan pemilihnya 25,000. Dengan jumlah pemilih yang sama Pakatan Rakyat hanya menang satu kerusi sedang parti BN menang 4 kerusi.
Politik Communal sangat menghantui negara kita sejak zaman berzaman. Umno sendiri tegak atas dasar perkauman Melayu.
Kempen PRU13, sarat dengan kempen perkauman malah secara terbuka dengan penggunaan media massa arus perdana yang meracun pemikiran kaum Melayu agar terus menyokong Umno untuk mengelakkan Melayu hilang kuasa.
Usai PRU terus diserombongkan seolah adalah ahli Parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Melayu ditakutkan hilang kuasa dan didendangkan bahawa DAP menguasai Parlimen. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. Logik ini gagal untuk difahami oleh masyarakat Melayu luar bandar yang malas membaca dan dibius hiburan.
Perhimpunan Agung Umno terus meniup bara perkauman, sedang mereka meneriak "hidup Melayu", ekuiti bangsa Melayu makin mengecil dan tanah orang Melayu semakin hilang disambar cukong yang sedang berselingkuh dengan penjerit hidup Melayu.
Nilai akhlak Melayu makin punah dibaham kejahilan sistematik dan juga akibat pembiusan hiburan skala besar tajaan kerajaan. Umno tak perlu menyalahkan orang lain dengan terpuruknya bangsa Melayu dan juga semua bentuk perlecehan terhadap Islam kerana kuasa telah dan sedang digenggaman tangan mereka! - HARAKAHDAILY 27/11/2014
Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Lujnah Politik Pusat

Akta 750 rampas hak wilayah negeri


SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyifatkan Akta 750 yang dilulus di parlimen beberapa bulan lepas bertujuan merampas hak wilayah kepunyaaan negeri-negeri.
Ia juga termasuk hasil maksul khususnya gas dan petroleum.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebelum akta itu dibentang di parlimen ia sepatutnya terlebih perlu mendapat pandangan negeri yang terlibat dan Raja-Raja Melayu.
“Ini adalah peruntukkan dalam perlembagaan yang melibatkan sempadan negeri-negeri. Maka negeri tersebut kena turut dilibatkan dan disertai sama Raja-Raja Melayu,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, semalam.
Sebelum ini Kerajaan Persekutuan membentang Rang Undang-Undang Laut Wilayah Malaysia 2012. Akta itu membawa maksud setiap negeri di Malaysia wajib menyerahkan Pelantar Benua kepada Kerajaan Persekutuan.
Selain itu had perairan wilayah setiap negeri hanya 3 batu nautika.
Rang Undang-undang itu dilulus tanpa banyak perdebatan ahli-ahli Parlimen.
Tindakan kerajaan persekutuan tersebut disifatkan tanpa melalui proses yang betul kerana tanah adalah hak negeri seperti terkandung dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.
Fadzli berkata, kelulusan Akta 750 secara tidak langsung cuba untuk menafikan tuntutan royalti gas dan petroleum yang dituntut kerajaan Kelantan.
Sehubungan itu katanya, mesyuarat Exco mewujudkan Jawatankuasa Khas Bertindak Akta 750 bagi mengambil langkah-langkah perlu dalam menuntut royalti minyak. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Mashitah sebut ustaz ekspres, apa kata Abby Abadi


MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, Mashitah sepatutnya lebih peka dalam isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan.

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, dalam berdakwah perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu terutamanya golongan remaja.

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

Menurut beliau, mengajak orang kepada Islam itu merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak perlu bimbang kerana mereka bukannya merupakan ancaman kepada mana-mana pihak.

"Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain.

"PAS mempunyai tanggungjawab dalam menjadikan setiap mereka yang bersama parti itu berurusan mesti mengikut kaedah Islam yang sebenarnya," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Diseksa nenek sendiri


Disebabkan benci pada menantu nenek sanggup menyeksa cucu

SUSAH hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti sekarang, masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga sanggup menyeksa darah daging sendiri.
Hidup terseksa tinggal bersama keluarga nenek. – Gambar hiasan
Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu, mengenai penyeksaan ibu tiri terhadap anak tiri, mentua terhadap menantu, kekejaman yang tidak tercapai dek akal memikirkannya.
Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di MEGA baru-baru ini, berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.
Begitu terkesan di jiwanya mengingatkan peristiwa silam yang menghiris jiwa. Jika tidak, masakan dia mampu mengalirkan air mata sehingga bagaikan tidak dapat disekat lagi.
Cerita Ariza (bukan nama sebenar), dia merupakan anak keempat daripada lima beradik. Berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air, bapanya merupakan pesara kerajaan sementara ibunya adalah suri rumah.
Mengikut cerita ibunya, mereka berkahwin kerana nenek sebelah ibu begitu berkenan dengan bapa untuk dijadikan menantu. Akhirnya kedua-duanya telah diijabkabulkan.
Ibunya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada masa itu iaitu sekitar tahun 80-an, dengan kelulusan tersebut mudah mencari pekerjaan. Bagaimanapun, desakan nenek yang mahu ibu berkahwin tidak mampu untuk dibantah.
Kata Ariza, setelah berkahwin, baru ibunya tahu bahawa bapanya adalah seorang kaki perempuan dan asyik bertukar teman wanita seperti lelaki bujang. Lebih teruk pantang ditanya ibunya akan teruk dipukul.
“Kami adik beradik sudah biasa melihat ibu dipukul. Ibu merupakan seorang yang penyabar. Mungkin dia terpaksa bersabar kerana memikirkan dia sendiri tidak bekerja dan anak-anak sudah ramai.
“Walaupun sudah mempunyai lima orang ana, perangai bapa tidak pernah berubah. Malah ada perempuan yang sanggup datang ke rumah mencari bapa dan ada juga yang menelefon ibu memberitahu mengenai hubungannya dengan bapa saya.
“Ibu saya makan hati. Dia sedih namun tiada apa yang boleh dilakukan kerana jika buka mulut sahaja dia akan dipukul tidak kira walau di depan anak. Sudahlah begitu, ibu langsung tidak dibenarkan balik ke kampung untuk berjumpa nenek walaupun nenek sedang sakit.
“Satu hari kerana tidak tahan lagi teringatkan nenek yang sakit tenat, ibu pulang ke kampung bersama kami semua. Mengetahui perkara ini, bapa terus menyusul ibu dan memarahi ibu di depan saudara-mara dan jiran tetangga di rumah nenek. Di situ juga bapa menceraikan ibu.
“Seminggu selepas itu, nenek meninggal dunia. Ibu bertambah sedih kerana kehilangan orang yang paling disayangi dan tempat mengadu,” kata Ariza sambil menyapu air mata yang deras mengalir pada pipi.
Sambungnya, bagaimanapun dua bulan selepas itu, bapanya datang menjemput ibunya dan ingin rujuk. Ibunya menerima setelah dipujuk oleh saudara-mara.
Ingatkan selepas itu perangai bapa akan berubah, sebaliknya dia tetap dengan perangai lama. Bapanya langsung tidak memikirkan dosa akan perbuatannya atau berasa kasihan terhadap isteri dan anak-anak.
Ujar Ariza lagi, bapa jarang pulang ke rumah dan ibulah yang membesarkan anak-anak sendirian dengan perbelanjaan yang sedikit untuk membeli makanan atau belanja sekolah anak-anak.
“Tiba-tiba ibu jatuh sakit. Sakit yang teruk sekali. Hatinya membengkak dan orang peranakan seperti dihiris buluh tajam. Ibu pergi ke hospital dan doktor mengatakan ibunya dihinggapi penyakit kelamin.
“Kasihan ibu. Kerana perbuatan bapa yang kaki perempuan menyebabkan ibu yang menanggung azab.
“Ibu mendapatkan rawatan dan terpaksa tinggal beberapa bulan di hospital. Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjaga kami, maka kami adik beradik telah dihantar tinggal dengan nenek sebelah bapa.
“Di sinilah bermula kisah kami adik-beradik diseksa oleh nenek dan makcik serta pakcik kami (adik beradik bapa).
“Kakak sulung saya ketika berumur sembilan tahun dan abang lapan tahun. Saya pula baharu berumur enam tahun dan adik bongsu dua tahun. Setiap hari kakak dipaksa masak nasi, sementara saya, abang dan adik turut dipaksa membuat kerja rumah yang lain seperti menyapu sampah di laman, membasuh dan melipat baju.
“Belanja sekolah hanya diberi 20 sen sahaja. Jika telah diberi belanja sekolah kami tidak dibenarkan makan nasi di rumah. Abang menyuruh kami tidak mengambil belanja sekolah supaya kami dapat makan nasi di rumah kerana duit tersebut tidak cukup pun untuk membeli sebungkus nasi lemak.
“Mengenai kakak, dia pernah diseksa nenek kerana nasi yang dimasak hangus. Dia yang baru berusia sembilan tahun sudah dikerah masak nasi hampir setiap hari sedangkan makcik saya yang berumur 17 tahun langsung tidak jejak dapur. Malah makcik boleh pergi berjumpa kawan-kawannya dan pergi berjalan-jalan.
“Dijadikan cerita, selepas menjerang nasi, kakak terleka kerana melihat kanak-kanak lain sedang bermain di halaman rumah. Nasi yang dimasak hangus dan di depan mata saya nenek naik angin dan menyentap rambut kakak lalu mengheretnya ke dapur. Nenek memaki hamun kakak dan menyumbat mulut kakak dengan kain buruk. Nenek juga memukul dan menampar kakak. Menjerit-jerit kakak menangis kesakitan.
“Adik bongsu juga pernah diseksa teruk. Masa itu adik mengejutkan kakak daripada tidur kerana hendak terkencing. Nenek memang sudah pesan supaya jangan membuka lampu kerana nanti dia tidak boleh tidur, tetapi semasa sedang berjalan dalam gelap adik terjatuh dan menangis. Nenek terus bangun dan mengamuk. Dia mengambil lesung yang digunakan untuk menumbuk kopi dan menyumbatkannya ke dalam mulut adik,” cerita Ariza.
Katanya lagi, akibat semua peristiwa pahit dan menyedihkan itu, ibunya kini mengalami masalah kemurungan yang teruk.
Sebenarnya masalah kemurungan itu telah dialami sejak mereka masih sekolah lagi tetapi dapat dikawal. Nenek yang membenci ibu sanggup menelefon hospital sakit mental menyuruh ibu dimasukkan ke hospital.
Ujarnya, kini setelah adik beradik dewasa dan berjaya dalam akademik, mereka membawa ibu ke pejabat kadi dan memohon fasakh.
Jika selama ini permohonan untuk bercerai tidak dibenarkan, namun setelah mendengar cerita daripada mereka adik-beradik, permohonan tersebut diluluskan malah ustazah di situ turut menangis.
“Bapa kami kini tinggal bersama nenek. Dia tidak berkahwin lain walaupun dahulu kaki perempuan. Bapa langsung tidak menjenguk kami. Nenek yang kini berusia 97 tahun dan masih sihat, tidak pernah menunjukkan rasa menyesal menyeksa cucu-cucunya,” katanya geram.
Ariza kini merupakan seorang akauntan berjaya dan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang kaya. Kakaknya pula bekerja sebagai doktor, abangnya pegawai tentera dan adik bongsunya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan.
Ibunya yang kini kemurungan dijaga dengan baik oleh mereka adik beradik. Puas dibawa berubat dengan ustaz mahupun doktor psikologi, namun masalah kemurungannya sukar hendak disembuhkan .
Semoga Allah memberikan rahmat kepada ibu Ariza dan sembuh suatu hari nanti agar bersama-sama menikmati hari-hari tuanya bersama anak-anak yang sangat disayanginya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/diseksa-nenek-sendiri-1.29451#sthash.iMViKJJA.dpuf

Penghibur terkemuka Arab, Al-Sabbouha meninggal dunia

BEIRUT: Penghibur dunia Arab paling terkemuka selama tujuh dekad, Sabah atau "Al-Sabbouha" meninggal dunia hari ini pada usia 87 tahun.
Dilahirkan sebagai dengan nama Jeanette Gergi Feghal di Bdadoun iaitu sebuah kawasan perkampungan di Lubnan, Sabah menghasilkan lebih 3,000 lagu dan berlakon dalam lebih 90 filem.
Beliau menghasilkan lagu pertamanya pada 1940 dan mula berlakon tiga tahun kemudian di Mesir.
Sabah memegang kewarganegaraan Mesir, Jordan, Amerika Syarikat serta Lubnan dan meneruskan kariernya dalam bidang muzik dan lakonan sehingga usia 80-an. - AFP
Gambar fail penghibur Arab, Sabah di Kaherah pada 1950-an. - Foto AFP

Menteri Kesihatan Sepanyol letak jawatan, dikaitkan dengan skandal rasuah

MADRID: Menteri Kesihatan Sepanyol, Ana Mato meletakkan jawatan hari ini selepas dikaitkan dengan skandal rasuah terbesar.
"Saya buat keputusan untuk berundur," kata Mato dalam satu kenyataan.
Katanya keputusan meletakkan jawatan itu demi kebaikan kepada kerajaan dan parti pemerintah, Popular Parti. - AFP

Di mana MH370 akan terdampar?


Australia teliti model corak hanyutan pesawat
27 November 2014 12:35 PM


Gambar bertarikh 31 Mac lalu, menunjukkan paparan sebuah monitor komputer yang tertera imej serpihan terapung dikesan pesawat P3-Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand di Lautan Hindi. – REUTERS

PERTH 26 Nov. - Australia dilapor sedang menyiapkan model corak hanyutan baharu bagi memperluaskan kawasan geografi yang mungkin menjadi lokasi serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terdampar.
“Kami ketika ini sedang berusaha untuk melihat sekiranya kami boleh mendapat satu model hanyutan terkini bagi satu kawasan lebih luas yang menjadi kemungkinan lokasi serpihan MH370 terdampar,’’ kata Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley, di sini, hari ini.
Analisis awal sebelum ini mencadangkan, serpihan pertama pesawat itu mungkin terdampar di kawasan Sumatera Barat di Indonesia selepas kira-kira 123 hari.
Foley berkata, pusat penyelidikan itu menerima laporan tentang serpihan yang terdampar di pantai Australia sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, namun semunya bukan berasal daripada MH370.
Model hanyutan itu bakal membantu usaha pencarian pesawat MH370 sama ada di permukaan mahupun di dasar laut yang dipercayai hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu bersama 239 orang penumpang.
Ketua Suruhanjaya ATSB, Martin Dolan semalam menafikan dakwaan berlaku percanggahan dalam kalangan lima kumpulan yang membentuk pasukan pencarian antarabangsa itu.
Selain ATSB, pasukan pencarian turut disertai Boeing Co dari Amerika; Thales dari Perancis; Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) serta Pertubuhan Teknologi dan Pertahanan Australia.
Pasukan itu bersetuju tentang kemungkinan kawasan pencarian seluas kira-kira 600 kilometer panjang dan 90 kilometer lebar di barat Perth dengan satu laporan terbaharu yang dikeluarkan bulan lalu memperincikan dua lagi kawasan di selatan Lautan Hindi. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/di-mana-mh370-akan-terdampar-1.29570#sthash.Fk6AZz9M.dpuf

Wednesday, November 26, 2014

Curi motor


Kuda terbang di Jeddah ketika hujan


Pihak berkuasa roboh pengadang prodemokrasi


Wartawan mengerumuni tapak bantahan ketika kerja-kerja merobohkan pengadang dijalankan. Sierra Leone. - Foto: AFP
Wartawan mengerumuni tapak bantahan ketika kerja-kerja merobohkan pengadang dijalankan. Sierra Leone. - Foto: AFP 
26 November 2014


HONG KONG - Pihak berkuasa Hong Kong bertindak merobohkan beberapa pengadang yang didirikan penunjuk perasaan prodemokrasi, semalam.

Puluhan pekerja majlis perbandaran yang dikawal lebih 100 anggota polis, mengalihkan dua pengadang utama yang didirikan di daerah Mongkok, sejak dua bulan lalu.

Pada masa sama, polis turut mengarahkan penunjuk perasaan yang masih berdegil supaya meninggalkan kawasan tersebut.

"Saya tidak akan berganjak, biar polis datang dan menangkap saya.

"Ini adalah peluang untuk mencapai demokrasi sekali dalam seumur hidup. Saya bersedia untuk pergi ke penjara," kata seorang pesara, Ng Pun-tuk kepada AFP.

Difahamkan, sebelum ini beberapa pertempuran ganas antara kumpulan penunjuk perasaan dengan polis anti rusuhan tercetus sekitar kawasan itu.

Mongkok adalah satu daripada tiga tapak protes utama, di mana beribu-ribu penunjuk perasaan berkhemah bagi menuntut agar diadakan pilihan raya bebas apabila Hong Kong memilih pemimpinnya pada 2017, dipetik dari laporan CNA.

Polis Turki diberi lebih kuasa


Penunjuk perasaan boleh ditahan tanpa sebarang dakwaan jika rang undang-undang diluluskan Parlimen.
Penunjuk perasaan boleh ditahan tanpa sebarang dakwaan jika rang undang-undang diluluskan Parlimen. 
26 November 2014


ANKARA - TURKI . Kerajaan Turki semalam, mengemukakan rang undang-undang kepada Parlimen untuk memberi pasukan polis kuasa menggunakan senjata terhadap penunjuk perasaan sekali gus membuat lebih banyak tangkapan ketika perhimpunan.

Media Hurriyet Daily News melaporkan, rang undang-undang itu akan membolehkan polis menahan penunjuk perasaan yang membahayakan keselamatan diri sendiri atau individu lain, selain akan dibenarkan bertindak balas menggunakan molotov koktel dan mercun.

Jika diluluskan Parlimen, ia akan memberi kuasa kepada pihak berkuasa Turki menahan peserta protes tanpa sebarang dakwaan sehingga 24 jam jika mereka ditangkap semasa demonstrasi haram, dan tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 48 jam jika ditangkap semasa protes ganas.

Selain itu, rang undang-undang yang dicadangkan kepada Parlimen turut memberi tumpuan terhadap beberapa topik lain termasuk memperluaskan kuasa gabenor dan mengubah struktur polis dan pengawal pantai, dipetik dari laporan Press TV.

Speaker: Jangan politikkan isu beri kereta


Shamsudin (kiri) menerima kunci kereta dari Speaker Dun, Hannah Yeoh, sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin, semalam.
Shamsudin (kiri) menerima kunci kereta dari Speaker Dun, Hannah Yeoh, sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin, semalam.
SHAH ALAM - Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh memberi amaran kepada ahli Dun supaya tidak mempolitikkan isu pemberian kemudahan kereta kepada Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias.

Hannah berkata, kerajaan negeri sudah pun meluluskan pemberian kereta dan kemudahan kepada ketua pembangkang pada sidang Dun yang lepas.

"Saya mohon supaya janganlah politikkan isu pemberian kereta ini. Saya dengar dalam dewan tadi ada yang berkata pemberian kereta ini hanya gimik menteri besar untuk beri kereta kepada ketua pembangkang.

"Untuk pengetahuan, pemberian kepada ketua pembangkang ini adalah sudah diputuskan melalui Jawatankuasa Pengurusan Dewan yang Shamsuddin juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kemudian kita hantar keputusan ini dalam sidang Dun yang lepas dan ia diluluskan.

"Pemberian yang kita buat semalam (kelmarin) sebenarnya sudah pun diluluskan dan penyerahan semalam cuma acara biasa saja dan kita harap pemberian kereta itu boleh memberi manfaat kepada ketua pembangkang. Ianya tidak ada kena mengena dengan gimik menteri besar," katanya dalam sidang media di Dewan Annex, hari ini.

Sebelum itu, sidang Dun gamat dengan segelintir Adun yang mempertikaikan pemberian kereta kepada ketua pembangkang dan mendakwa ia sekadar gimik menteri besar.

PAS harap Malaysia tidak jadi 'syurga' dagangan manusia


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa Kementerian Luar Negeri lebih agresif terhadap jenayah yang merentasi sempadan supaya Malaysia tidak menjadi 'syurga' dagangan manusia.
Katanya, kementerian perlu melihat isu itu yang melibatkan pelarian Rohingya khususnya di Thailand yang berada di sempadan negara ini.
"Pelarian Rohingya didagangkan atau diminta wang tebusan sehingga melepasi sempadan negara ini.
"Di Pulau Pinang pelarian ini mencecah 12,000 orang. Mereka berada di negara ini tanpa apa-apa jaminan mereka terdedah kepada penjenayah," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar di Dewan Rakyat, hari ini.
Namun beliau yakin kementerian boleh mengatasi jenayah sempadan iti kerana isu berkenaan bukan sekadar dalam negara tetapi ia adalah isu antarabangsa.
Mujahid turut mempersoalkan beberapa konvensyen PBB yang ditandatangni oleh Malaysia khususnya mengaitkan hak asasi manusia, wanita, kanak-kanak dan diskriminasi agama dan kaum.
"Saya kira kita ambil sikap terbuka, apa kriteria dan syarat penerimaan sesuatu perjanjian itu. Tidak semestinya kita terima secara total.
"Saya setuju isu ini agak sensitif. Sejauh mana kementerian mendapat kesesuaian daripada konvesnyen ini," katanya.
Ini penting katanya, ia sebahagian bentuk penyesuaian yang diterima oleh Malaysia daripada konvensyen PBB tanpa menggadai maruah negara ini. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Budak 8 tahun punyai berat luar biasa

YATIMIN ABDULLAH  |  26 November 2014 2:46 AM
MUHAMMAD MUKHRIZ MUHAMMAD MARZUKI (tengah) yang mempunyai berat
MUHAMMAD MUKHRIZ MUHAMMAD MARZUKI (tengah) yang mempunyai berat badan 120 kilogram, bahagia bersama keluarganya di Kampung Pohon Gelulor, Chetok, Mas Kelantan.UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
PASIR MAS 25 Nov. – Dalam usia baru mencecah lapan tahun, Muhammad Mukhriz Muhammad Marzuki sepatutnya riang bermain dengan rakan-rakan seusia, namun itu semua tidak dapat dinikmatinya berikutan beratnya kini mencecah 120 kilogram menyebabkan pergerakannya terhad.
Bapa kepada kanak-kanak berke-naan, Muhammad Marzuki Che Haron, 47, berkata, tubuh Muhammad Mukhriz yang besar menyebabkan dia menghadapi masalah untuk bergerak.
Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan anaknya memerlukan bantuan orang lain setiap kali ingin bangun dari tempat duduk atau tidur.
“Berat badan anak saya mula naik sejak dia berusia empat tahun selepas kerap diserang penyakit sawan. Saya percaya pertambahan berat badan Muhammad Mukhriz berpunca daripada kesan ubat yang diambil ketika merawat penyakitnya.
“Pola pemakanan anak saya sama seperti kanak-kanak lain yang seusianya, malah dia tidak begitu kerap mengambil makanan ringan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pohon Gelugor, Chetok dekat sini hari ini.
Muhammad Marzuki berkata, sejak menerima rawatan penyakit sawan, berat badan anak lelakinya itu tidak pernah turun sehingga sekarang walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor dan mencuba pelbagai produk untuk menguruskan badannya, namun semua usaha tersebut gagal.
Pesara tentera itu memberitahu, setiap hari dia akan mememani anak keempat daripada lima beradik itu berjalan kaki sejauh satu kilometer bagi membantunya me-nguruskan badan.
“Sebagai bapa saya cukup risau dengan keadaan fizikalnya kerana beratnya ternyata jauh berbeza de-ngan kanak-kanak lain.
“Setiap kali ke sekolah, saya akan bekalkan Mukhriz dengan makanan kerana dia mengambil masa yang lama untuk bergerak ke kantin,” ujarnya.
Muhammad Marzuki berharap ada pihak yang sudi membantu anaknya untuk menguruskan badan bagi membolehkan dia kembali menikmati kehidupan normal se-perti kanak-kanak lain.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/budak-8-tahun-punyai-berat-luar-biasa-1.29355#sthash.FCGIBTwd.dpuf

MH370: Sampai Bila Nak Digantung Tak Bertali?


Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 7:00 AM
Khairul Anwar Rahmat.

PETALING JAYA: Ketiadaan sijil kematian susulan status pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini bukan sahaja menyukarkan proses pernikahan suami salah seorang penumpang pesawat malang itu, malah beberapa waris lain turut berhadapan pelbagai masalah lain sejak tragedi itu berlaku 8 Mac lalu.
Beberapa waris penumpang pesawat yang hilang itu turut mengadu menghadapi beberapa kesukaran dalam menyelesaikan pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa.
Aduan tersebut disampaikan kepada Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam) yang dalam dilema mengenai apa yang patut dilakukan mengenai status pesawat yang masih 'tergantung tidak bertali' itu.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, beberapa waris telah menemuinya untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan
yang dihadapi.
"Mereka datang mengadu masalah pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa. Buat masa ini, mereka hanya dapatkan khidmat nasihat daripada kami," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada waris yang mahu kes tersebut dibawa ke mahkamah.

"Setakat ini belum ada waris yang mahu membawa kes ini ke peringkat pemfailan. Sekarang, hanya di peringkat khidmat nasihat sahaja," katanya.
Bagaimanapun, Khairul berkata, beliau sedia membantu sekiranya ada waris yang mahukan bantuan guaman bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
"Insya-Allah kalau mereka datang kami sedia membantu, jika ada waris yang mahu mendapatkan bantuan guaman," katanya.
Khairul yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Johor berkata, beliau akan mengetengahkan isu status MH370 ketika membahaskan ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis ini.
"Insyallah, perkara ini akan dibahaskan pada Khamis ini. Kita mahu status pesawat tersebut dimuktamadkan dengan segera agar waris dapat meneruskan kehidupan masing-masing," katanya.
Beliau berkata, keputusan untuk memuktamadkan status pesawat tersebut perlu dibuat dengan mengambil kira pandangan terkini daripada Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat pakar yang boleh mengesahkan pencarian tersebut sudah berakhir.
"Kerajaan juga perlu ambil kira hasil analisis teknologi satelit yang mengatakan pencarian sudah muktamad supaya suatu tempoh yang munasabah ditetapkan dalam mengisytiharkan status pesawat itu. Tidak perlu tunggu tempoh empat atau tujuh tahun untuk mengesahkan kematian," katanya.
Jelas beliau, sekiranya terdapat alasan kukuh yang menyokong kepada keputusan tersebut, sijil kematian bolehlah dikeluarkan dengan segera bagi memudahkan proses tuntutan insurans dan pampasan kepada waris mangsa.

Suka cium kaki ibu

AFP
Istanbul: Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam dituduh menindas wanita apabila berkata, mereka tidak boleh disamakan dengan lelaki.
Beberapa akhbar Barat dan kumpulan feminis menyifatkan kenyataan itu sebagai kontroversi terbaru yang dicetuskan oleh pemimpin Turki berkenaan.
Bercakap pada satu persidangan mengenai wanita dan keadilan, Recep berkata Tuhan mencipta lelaki dan wanita berlainan sifat dan kumpulan feminis tidak akan memahami status istimewa golongan ibu dalam Islam.
“Anda tidak boleh meletakkan wanita dan lelaki pada taraf yang sama. Ia bertentangan dengan azali. Mereka dicipta dengan sifat berbeza. Dan Islam meletakkan wanita di tempat paling istimewa dalam masyarakat iaitu keibuan,” katanya kepada peserta persidangan yang terdiri daripada wanita, termasuk anaknya, Summeye.
“Ada yang memahami keadaan ini dan ada yang tidak. Anda tidak akan dapat menerangkannya kepada feminis kerana mereka tidak akan menerima konsep keibuan,” katanya.
Beliau juga mengakui sering mencium kaki ibunya.
“Saya sering berbuat demikian kerana ia berbau syurga. Dia akan tersipu-sipu, kadang kala menangis. Islam mengajar kita berapa tinggi darjat wanita dalam Islam. Ia mengajar kita syurga itu di bawah tapak kaki ibu,” kata Recep.
Presiden Turki itu berkata: “Anda tidak boleh menempatkan seorang ibu yang menyusu bayinya setaraf dengan lelaki. Anda tidak boleh menyuruh wanita melakukan kerja yang sama dilakukan lelaki seperti pada zaman komunis. Anda tidak boleh menyuruh merek keluar dan mengusahakan tanah pertanian.”
Beliau merujuk kepada amalan ketika dan selepas Perang Dunia Kedua di negara Komunis seperti Soviet Union yang mengerah wanita melakukan kerja berat.
Recep sebelum ini mencetuskan kemarahan kumpulan feminis apabila berkata, setiap wanita Turki perlu mempunyai tiga anak dan mencadangkan supaya hak menggugurkan kandungan dihadkan serta kawalan terhadap pil pencegah hamil.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:05 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11788#sthash.pAiBpOjU.dpuf