Friday, June 25, 2010

Ariel popular di kalangan banduan


ARIEL (duduk) dikerumuni oleh rakan-rakan banduan di penjara Jakarta semasa bergambar yang kemudiannya diedarkan menerusi Twitter semalam. – AGENSI


JAKARTA 24 Jun – Penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel membuktikan dia bukan sahaja popular di dunia luar tetapi juga di dalam lokap.
Bintang pop yang dianggap sebagai suspek dalam kes rakaman dua video seks bersama selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari itu, dilapor menjadi idola tahanan-tahanan lain.
Gambar-gambar Ariel dengan beberapa tahanan juga tersebar di Internet seperti laman rangkaian sosial Twitter sejak pagi ini.
Memakai sehelai baju-T, penyanyi dan komposer yang pernah memenangi beberapa anugerah itu kelihatan tenang ketika berbual dengan beberapa tahanan.
Malah, ada antara tahanan yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan idola mereka itu.
Jurucakap Polis Kebangsaan Briged Jeneral Zainuri Lubis berkata, pengarah keselamatan dan jenayah negara di Badan Detektif Polis Kebangsaan, Saut Usman Nasution akan menyatakan butiran dakwaan terhadap Ariel selepas pulang dari satu lawatan di Singapura.
Katanya, Luna Maya dan Cut Tari dinamakan polis sebagai saksi dalam kes berkenaan.
Polis masih belum membuat sebarang dakwaan terhadap kedua-dua selebriti wanita itu.
Sementara itu, Ariel yang kini ditahan dalam satu sel bersama seorang suspek kes penggubahan wang haram, terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan di lokap termasuk memakai baju tahanan berwarna jingga.
“Apabila dinamakan sebagai suspek, dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan ini,” kata seorang pegawai polis. – Agensi

No comments:

Post a Comment