Tuesday, June 29, 2010

Harga ayam melambung




KUALA TERENGGANU – Harga ayam standard di negeri ini naik melambung kepada RM7.50 sekilogram sejak sebulan lalu berikutan kenaikan harga ayam hidup dari ladang dan pemintaan tinggi daripada pengguna. 

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kedai Payang dan Pasar Chabang Tiga mendapati kesemua peniaga menjual ayam pada harga itu walaupun ia menerima rungutan orang ramai. 

Seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Mohd Fazli Hisham Daud, 26, berkata, dia terpaksa menjual ayam standard pada harga RM7.50 sekilogram sejak sebelum bermulanya musim cuti persekolahan lalu berikutan harga ayam hidup dari ladang yang diperoleh mencecah RM4.80 sekilogram termasuk kos pe-ngangkutan. 

“Kenaikan harga ayam standard bagi menampung kos pengangkutan kerana bekalan ayam diambil dari luar Terengganu termasuk Kerian, Perak, Segamat, Johor dan Kuantan, Pahang.

No comments:

Post a Comment