Tuesday, June 29, 2010

Tutup rumah kebajikan haram


SEREMBAN 28 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua pusat perlindungan kanak-kanak mahupun kebajikan yang beroperasi secara haram diperiksa dan diarah tutup.
Katanya, tindakan itu bertujuan supaya kanak-kanak, anak yatim mahupun orang tua tidak dijadikan mangsa penderaan, kekejaman mahupun berkaitan gangguan seksual.
"Saya telah ingatkan semua pihak, kalau kita hendak menghantar anak yatim, orang tua, mahupun mereka yang tidak ada keluarga ke rumah kebajikan ini, pastikan ia berlesen dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kita tidak mahu ada pihak yang bertenggek di atas nama anak yatim, anak yang ditinggalkan serta orang tua untuk meraih keuntungan, tanpa mempedulikan nasib penghuninya," kata beliau.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kes kanak-kanak didera di sebuah pusat penjagaan di Gemas, di mana penghuninya mendakwa mengalami penderaan seksual dan fizikal oleh pengasuh di situ.
"JKM tidak dapat memantau pusat penjagaan mahupun rumah kebajikan ini kerana ia tidak didaftarkan dan berada di luar radar dan pemerhatian mereka," katanya.
Bagaimanapun, Mohamad berkata JKM boleh mengenakan tindakan kepada pengurusan rumah dan pusat penjagaan tanpa lesen ini dengan mengarahkan ia ditutup, manakala suspek boleh disiasat atau ditahan oleh pihak polis.
"Saya kecewa kerana ramai orang tidak mahu menjaga ibu bapa mereka dan menempatkan mereka di rumah orang tua. Saya adalah orang yang menentang perbuatan ini.
"Ada juga ibu bapa mahupun penjaga yang menghantar anak mereka di rumah asuhan dan penjagaan kerana mahu melepaskan tanggungjawab tanpa memeriksa sama ada pusat berkenaan mendapat lesen dan permit dari JKM atau tidak.
"Ini akan mendorong berlakunya penganiayaan dan lebih malang lagi, jika pengasuh tidak ada sifat perikemanusiaan," tegas Mohamad.
Dalam kejadian di Gemas itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Gajendran membongkar penderaan seksual dan fizikal yang berlaku di pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.
Seorang peguam wanita, B. Vijaya Kumari, 57, yang membawa pulang Gajendran serta dua lagi kanak-kanak Chitra, 10, dan Melissa, 9, ke Melaka terkejut apabila diberitahu Ganjendran bersama dua lagi penghuni perempuan berusia dua tahun dipaksa menghisap kemaluan lelaki berusia 17 tahun, yang juga pengasuh di pusat berkenaan

No comments:

Post a Comment