Wednesday, June 23, 2010

Keputusan muktamad tukar tanah September ini



NAJIB (kiri) menyambut kedatangan Hsien Loong di pekarangan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura bersetuju bahawa keputusan muktamad mengenai pertukaran tanah melibatkan stesen kereta api Tanjung Pagar akan dibuat dalam tempoh tiga bulan.
Ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong selepas satu perbincangan di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.
Pada sidang akhbar bersama selepas itu, Najib berkata, bahawa dalam tempoh itu, beliau berharap dapat berkunjung ke Singapura bagi memuktamadkan isu berhubung Perkara-perkara Yang Dipersetujui (POA).
Katanya, Hsien Loong telah mengemukakan cadangan yang khusus berhubung tawaran pertukaran tanah untuk dipertimbangkan oleh Malaysia.
"Saya berterima kasih kepada beliau kerana membuat tawaran itu dan saya telah memberitahu beliau mengenai pendirian kita bahawa kita akan menelitinya.
"Kami berdua bersetuju bahawa keputusan mengenai pertukaran tanah itu diselesaikan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang," katanya.

No comments:

Post a Comment