Wednesday, June 23, 2010

'Usah melulu label tokoh agama militan'




2010/06/23

CYBERJAYA: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, semalam mendedahkan ada individu dan organisasi tertentu yang membuat tuduhan melulu mengaitkan nama beberapa ulama terkemuka dan pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini dengan kegiatan militan. 

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, berkata semua pihak tidak sepatutnya melabelkan pensyarah dan tokoh agama termasuk yang mengamalkan fahaman Wahabi, sebagai pengganas kerana polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) yang dilaporkan sedang merekrut pelajar IPT di negara ini."Saya fikir kita jangan membuat sebarang tuduhan melulu dan mendengar khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana Bukit Aman (polis) masih menjalankan siasatan," katanya selepas melancarkan Kelab Angkat Keusahawanan Jobmarket Malaysia Sdn Bhd di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment