Monday, July 5, 2010

Elin dapat RM322j harta Woods



Posted on the July 5th, 2010 under BeritaLuar Negara by johnjimat
15/7
LOS ANGELES: Isteri Tiger Woods, Elin Nordegren, dilaporkan akan bercerai secara rasmi dengan bekas jaguh golf itu dengan memperoleh keuntungan kira-kira RM322.5 juta.
Menurut sumber, pada peringkat awal Elin dijangka mendapat RM2.4 bilion dan ia turut dilaporkan beberapa media, termasuk MSNBC.
Jika berita itu menjadi kenyataan, jumlah yang didapati Elin 10 kali lebih banyak berbanding apa dibayar Woods kepada seorang daripada pelayan nafsunya, Rachel Uchitel, 34, bagi menutup mulutnya dan merahsiakan kisah asmara mereka.
Elin juga dipercayai mendapat hak menerima sejumlah faedah atas jagaan dua anak mereka, Sam Alexis, 3, dan Charlie Axel, 17 bulan. – Agensi
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment