Monday, July 5, 2010

Pemuda MCA lapor polis

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MCA, semalam, membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong, mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Laporan itu dibuat Pemuda MCA di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), kira-kira 3 petang.

Wee mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lalu, itu adalah kritikan yang keterlaluan. - Bernama

No comments:

Post a Comment