Sunday, July 25, 2010

politik bangang UMNO. Bangang dulu kini dan selamanya


BN Selangor hantar memorandum kepada Sultan


SHAH ALAM 24 Julai - Orang ramai diminta menyertai Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor yang akan menyerahkan memorandum berkaitan isu pasir dan air di negeri ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, mereka berharap baginda Sultan dapat menasihati kerajaan negeri bahawa adalah tidak wajar disebabkan kerakusan dan kepentingan politik, masa depan negeri Selangor tergadai sehingga menyebabkan rakyat menderita.
''Saya harap rakyat Selangor dapat turun untuk mengiringi Pemuda BN menghantar memorandum itu nanti.
''Isu air misalnya kita tidak mahu UMNO dipersalahkan jika krisis bekalan air berlaku di negeri ini seperti diramalkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena Roadshow Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan di sini malam tadi.
Turut menyampaikan ceramah ialah bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd Noor; Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Satim Diman; Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin serta dihadiri kira-kira 250 penduduk berbilang kaum.
Mengenai program tersebut, Noh melahirkan rasa puas hati kerana sambutan orang ramai terhadap ceramah-ceramah anjuran UMNO semakin baik berbanding sebelum ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, program yang diadakan di Bukit Raja Klang dan di Seksyen 17 di sini sebelum ini merupakan siri kedua setelah siri pertama di Pandan bagi menerangkan isu semasa kepada rakyat.
Tambah beliau, kesemuanya terdapat 18 ceramah yang akan selesai sebelum bulan Ramadan dengan isu air dan pasir menjadi dua perkara utama diterangkan supaya orang ramai sedar mengenai perkara sebenar yang berlaku.
''Sambutan amat baik malah saya terkejut dengan kehadiran orang ramai kerana mereka mahu dengar sendiri kepincangan dan penyelewengan pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor," katanya.

No comments:

Post a Comment