Wednesday, December 15, 2010

Bapa mohon perkenan Seri Paduka cepatkan proses bicara Saiful-Anwar


AZLAN Mohd. Lazim memberi kenyataan akhbar di pekarangan Istana Negara, semalam. – utusan/ ZAINI HUSIN


KUALA LUMPUR 14 Dis. – Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyerahkan surat kepada Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Surat itu bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk mempercepatkan proses perbicaraan anaknya dengan Anwar setelah banyak penangguhan terhadap kes itu sebelum ini.
Prosiding perbicaraan kes liwat itu sering kali ‘terganggu’ ekoran pelbagai permohonan yang dikemukakan oleh peguam bela Anwar, Karpal Singh.
Disebabkan ‘permohonan yang bertimpa-timpa’ itu, kronologi perbicaraan menjadi tidak lancar sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati dan kecewa banyak pihak termasuk keluarga Mohd. Saiful Bukhari.
Berikut kenyataan akhbar Azlan mengenai perkara tersebut:
“Saya, Azlan bin Mohd Lazim, bapa kepada pengadu di dalam kes yang membabitkan anak saya yang bernama Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan yang mengaku diliwat YB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
“Sebagai rakyat yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan Malaysia, saya telah memohon perkenan menyampaikan suara hati saya kepada Tuanku DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan perkara yang mana di dalam tempoh menghampiri 3 tahun ini saya sekeluarga terpaksa melalui pelbagai tekanan dan kesulitan, malah keselamatan saya sekeluarga terancam, kerana kami terpaksa melalui proses perbicaraan yang belum selesai oleh kerana banyak penangguhan yang berkali-kali yang mana amat membebankan dan memberi tekanan kepada saya sekeluarga kerana kes ini mendapat liputan meluas dan membabitkan seorang ahli Dewan Rakyat. Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan.
“Saya sayangkan anak saya, Mohd. Saiful Bukhari dan kami sekeluarga hanya mahu mendapatkan kebenaran dan keadilan bagi diri kami sekeluarga sebagai rakyat di bumi Malaysia ini.”

No comments:

Post a Comment