Wednesday, December 15, 2010

IPD Ipoh kutip saman trafik RM2.1 juta


IPOH 14 Dis. - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berjaya mengutip kira-kira RM2.1 juta daripada pesalah trafik selepas polis mengumumkan kadar munasabah dengan insentif 50 peratus diskaun, mulai 1 Disember lalu.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, peningkatan hampir lapan kali ganda daripada kebiasaan dengan kutipan mencecah hampir sejuta dalam tempoh seminggu itu merupakan yang tertinggi di negeri ini.
"Kalau dahulu pada Januari dan Februari lepas, kita mengutip RM30,000 hingga RM40,000 sehari tetapi sekarang, jumlahnya meningkat kira-kira RM150,000 ke RM160,000.
"Bagi pembayaran secara tunai, ia berjumlah RM1.5 juta sementara selebihnya melibatkan transaksi menggunakan kad kredit," katanya.
Azisman juga mengingatkan orang ramai agar membuat pembayaran di pejabat pos bagi mengelakkan mereka terpaksa beratur panjang di balai-balai polis.
Beliau berkata, kaunter pembayaran saman turut dibuka di Jusco Kinta City di sini sejak semalam yang beroperasi dari pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

No comments:

Post a Comment