Thursday, March 3, 2011

Askar Gaddafi serang balas

'Lautan manusia' menunggu untuk menyeberang di sempadan Tunisia - Libya
AJDABIYA (Libya): Pasukan pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, semalam telah menyerang sebuah bandar strategik di timur tetapi dapat ditentang dalam satu pertempuran hebat, kata saksi-saksi, sedang dua kapal perang Amerika Syarikat berangkat ke Laut Mediterranean.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula membuat rayuan bagi beratus-ratus pesawat dihantar ke sempadan Tunisia dan Libya, di mana 'lautan manusia' masih menunggu untuk menyeberang dalam kesejukan yang menggigit.Para penduduk Brega, 200 kilometer ke barat daya bandar timur utama Benghazi, berkata melalui telefon bahawa para penyokong Encik Gaddafi telah menyerang bandar itu dengan kereta kebal dan tembakan artileri dan satu pertempuran hebat telah meletus di pelabuhan itu.Pesawat perang Libya juga telah menyerang Ajdabiya, 40 kilometer dari Brega, menyasarkan kawasan simpanan senjata atau satu pangkalan tentera yang telah dikuasai pemberontak.Setelah pertempuran itu yang telah membunuh dua orang, pasukan Encik Gaddafi telah berundur, kata ketua pemberontak di Ajdabiya kepada AFP.'Brega kini dalam kawalan penuh revolusi ini,' kata seorang jeneral polis di Ajdabiya.Seorang jurucakap Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Cik Sybella Wilkes, memberitahu AFP di Geneva bahawa situasi di sempadan Libya-Tunisia mendesak.'Seorang rakan sekerja saya di situ berkata 'lautan manusia' sedang menunggu untuk ke seberang. Mereka dalam kesejukan, dibasahi hujan, ramai yang sudah tiga atau empat malam di situ,' kata jurucakap itu.Lebih 100,000 orang telah meninggalkan negara itu melarikan diri daripada tindakan ganas penyokong Libya yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang, menurut perangkaan PBB.Kapal perang USS Kearsarge dan USS Ponce memasuki Terusan Suez semalam, kata seorang pegawai terusan Mesir. Kapal itu dijangka tiba di Laut Mediterranean lewat semalam.Kapal Kearsarge, dilengkapi sekitar 800 anggota marin, beberapa helikopter dan kemudahan perubatan, boleh membantu usaha kemanusiaan selain operasi tentera.Pasukan anti-Gaddafi telah menawan kebanyakan bandar di timur dan mengambil beberapa langkah menubuhkan satu pemerintah selari, sambil bersedia menghadapi sebarang tentangan.Pemberontak berkata mereka mungkin mendapatkan bantuan tentera asing, satu topik sensitif bagi negara-negara Barat yang sedar bahawa satu tindakan menjatuhkan Presiden Saddam Hussein di Iraq telah mengakibatkan pertumpahan darah bertahun-tahun.'Kami mungkin meminta bantuan asing, mungkin bagi serangan udara di beberapa tempat yang strategik yang akan mempercepatkan kejatuhan Gaddafi,' kata Encik Mustafa Gheriani, jurucakap bagi kumpulan Perpaduan 17 Februari kepada Reuters.Namun, ramai pemberontak bimbang pasukan mereka yang kurang tersusun tidak dapat menentang militia Gaddafi jika mereka cuba menguasai barat negara itu. -- AFP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment