Thursday, March 3, 2011

Mubarak dilapor dirawat di Saudi

KAHIRAH: Sebuah akhbar rasmi Mesir semalam berkata Encik Hosni Mubarak sedang dirawat di sebuah hospital di Arab Saudi, dalam laporan terbaru mengenai kesihatan bekas presiden itu selepas tentera menafikan spekulasi awal.
Pihak tentera tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen atas laporan al-Akhbar itu.Sumber tentera kelmarin menafikan laporan media lain yang berkata bekas presiden berusia 82 tahun itu dan keluarganya cuba melarikan diri dari Mesir tetapi Encik Mubarak kemudian dimasukkan ke hospital Kahirah.Sebelum Encik Mubarak berundur 11 Februari lalu, laporan mengenai kesihatannya dalam akhbar utama seperti al-Akhbar mungkin tidak boleh disiarkan tanpa izin.Namun sejak pengundurannya, media negara itu banyak membongkar hal pegawai dan cara Mesir diperintah.Al-Akhbar edisi semalam menukil 'sumber' dan berkata Encik Mubarak kini di Tabuk, Arab Saudi, bagi rawatan kemoterapi sejam setiap lima hari bagi barah usus besar dan pankreas, ditemani keluarganya.Satu sumber tentera memberitahu Reuters kelmarin bahawa Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata, yang kini memerintah Mesir, telah menafikan satu laporan awal bahawa Encik Mubarak dan keluarganya telah cuba melarikan diri ke Arab Saudi atau beliau sakit dan dirawat di Kahirah.Kesihatan Encik Mubarak sering diperkatakan, lebih-lebih lagi ketika beliau menjalani pembedahan pundi hempedu Mac tahun lalu di Jerman. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment