Thursday, March 3, 2011

Tentera AS tidak mungkin ke Libya

WASHINGTON: Pegawai-pegawai tinggi Pentagon Selasa lalu mengatakan bahawa tentera Amerika tidak mungkin campur tangan di Libya, walaupun Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Rodham Clinton, memberitahu satu panel kongres bahawa pemerintahan Obama itu sedang mempertimbangkan 'setiap kemungkinan yang ia boleh gunakan' bagi menggulingkan Encik Muammar Gaddafi.
Dalam satu sidang akhbar Pentagon, Setiausaha Pertahanan, Encik Robert Gates, berkata beliau telah mengarahkan dua kapal perang tentera laut ke Laut Mediterranean bersama 400 marin tambahan, bersiap sedia jika perlu membawa keluar orang awam atau menyediakan bantuan kemanusiaan.Walaupun beliau tidak mengetepikan pilihan lain, misalnya memberikan lindungan udara kepada pemberontak Libya, Encik Gates menjelaskan, beliau tidak berminat dengan campur tangan langsung tentera.Encik Gates memaklumkan bahawa resolusi sekatan Majlis Keselamatan PBB minggu lepas tidak memberi sebarang kebenaran penggunaan senjata di Libya. Persetujuan tindakan tentera dari sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) juga tiada.Apabila ditanya tentang pelaksanaan zon 'larangan terbang' di ruang udara Libya, Encik Gates berkata tindakan itu dan tindakan lain tentera 'ada kesannya' ke atas kepentingan Amerika, bukan sahaja di Libya tetapi juga amnya di Timur Tengah.Cik Clinton turut bercakap tentang peluang bagi campur tangan Amerika dan masyarakat dunia.Beliau memberi amaran, Libya boleh terjerumus ke dalam 'perang saudara berlarutan' di tengah-tengah pertempuran ganas dengan pemberontak antipemerintah. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment