Friday, July 1, 2011

AS bimbang ketidakstabilan Thailand

WASHINGTON: Amerika Syarikat dengan penuh bimbang memantau pilihan raya di Thailand Ahad ini, dan penggubal polisi khuatir ia akan menimbulkan ketidakstabilan baru yang bakal menjejaskan peranan sekutu paling lama Washington di Asia.

Pentadbiran Presiden Barack Obama meletakkan keutamaan terhadap negara Asia Tenggara apabila mewujudkan hubungan baik dengan Indonesia dan bekas musuh perangnya, Vietnam kerana bimbang dengan Thailand yang menghadapi pertikaian dalam negaranya.


Kerajaan AS berharap pilihan raya Thailand akan berjalan dengan lancar dan membuka laluan untuk perdamaian, tetapi sesetengah pihak bimbang dengan keadaan lebih buruk bakal berlaku - khususnya kempen pilihan raya didominasi oleh parti bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. - AFP

myMetro | AS bimbang ketidakstabilan Thailand

No comments:

Post a Comment