Friday, July 1, 2011

Susilo lantik adik ipar panglima tentera

JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, semalam melantik adik iparnya Leftenen Jeneral Pramono Edhie Wibowo, 56, sebagai panglima angkatan tentera yang baru.

Pelantikan Pramono, pemimpin tentera yang didakwa terbabit dalam penderaan di Timur Timor (sekarang Timur Leste) pada 1999, menyemarakkan spekulasi bahawa Yudhoyono sedang ‘mendidik’ adik iparnya untuk menjadi presiden baru Indonesia.
Akhbar Jakarta Post melaporkan, Wibowo yang mendapat pendidikan di akademi tentera pada 1980, mengetuai pasukan khas Kopassus pada 1999, pernah menjadi pembantu kepada bekas Presiden, Megawati Sukarnoputri.
Pegawai yang tidak mahu dikenali berkata, Wibowo dipilih atas sokongan sebuah jawatankuasa tenteri peringkat tinggi, tetapi aktivis mempersoalkan pembabitan beliau dalam penderaan di Timur Timor ketika pengundian untuk kemerdekaan pada 1999.

“Kita tidak pasti sejauh mana pembabitan beliau dan tindakan kekerasan tentera di Timur Timor, tetapi pelantikan beliau menunjukkan wujudnya amalan nepotisme kerana beliau adalah adik ipar Presiden. Nampaknya Presiden sedang menyiapkan beliau untuk meneruskan pemerintahan keluarga,” kata anggota Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan, Haris Azhar. – AFP
Berita Harian Online | Susilo lantik adik ipar panglima tentera

No comments:

Post a Comment