Sunday, July 3, 2011

Greece halang flotila

ATHENS 2 Julai - Pengawal pantai Greece hari ini mengharamkan pelayaran semua kapal ke Gaza dari pelabuhan negara ini, tindakan yang dlihat akan menghalang usaha aktivis pro-Palestin untuk melanggar sekatan Israel bagi membawa bantuan kemanusiaan.

Pihak Berkuasa Perlindungan Sivil Greece mengesahkan pengharaman pelayaran kapal tempatan dan kapal asing dari pelabuhan negara ini ke kawasan maritim Gaza, berkuat kuasa sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pergerakan Hamas menyifatkan tindakan Greece itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan Athen mengikut telunjuk Israel.

Aktivis mengkritik pengharaman itu dan menyifatkannya sebagai tindakan yang menjayakan polisi luar Israel.

Hanya empat daripada 10 kapal flotila masih beroperasi hari ini iaitu kapal dari Sepanyol, Gemika; Tahrir (Kanada) dan dua kapal dari Perancis, Dignity dan Louise Michel.

Tidak dapat dipastikan sama ada kapal-kapal itu akan melaksanakan pelan asal mereka untuk belayar ke Gaza,

Kapal Audacity of Hope dari Amerika Syarikat (AS) yang belayar sejam selepas pihak berkuasa Greece mengumumkan pengharaman berkenaan semalam telah dihalang oleh pengawal pantai. - Agensi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment