Sunday, July 3, 2011

Segala yang berkaitan dengan Bersih 2.0 disekat

Peniaga terima padah jual kemeja-T kuning

KOTA BHARU: Tindakan seorang peniaga menjual kemeja-T berwarna kuning bertulisan ‘Bersih’ dipercayai untuk Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini, membawa padah apabila ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan polis.

Perintah tahanan reman yang bermula kelmarin dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Rashid Mustafa, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana mengedar bahan berupa hasutan.


Terdahulu, suspek berusia 40 tahun dilihat hadir ke mahkamah dengan menaiki kenderaan polis jam 10 pagi sebelum kesnya terpaksa ditangguh beberapa kali hinggalah kehadiran pegawai penyiasat polis, jam 11.30 pagi.

Dia yang berasal dari Wakaf Bharu, dekat sini, dan menjadi individu pertama ditahan di negeri ini, bagaimanapun tidak keseorangan kerana diwakili peguam bela, Mohammad Abdul Rashid Yah yang turut dilihat ada di perkarangan mahkamah pada pagi semalam bersama beberapa individu.

myMetroPeniaga terima padah jual kemeja-T kuning

No comments:

Post a Comment