Sunday, July 3, 2011

Penangkapan dikesali



MARAN - Pas Kawasan Maran kesal dengan tindakan kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia berhubung penangkapan beberapa individu yang memiliki baju Bersih 2 baru-baru ini.

Setiausaha Jentera Pilihan Rayan Kawasan Maran, Mohd Shamsuri Hussin berkata, tindakan itu jelas melanggar perlembagaan Malaysia yang memberi kebasan kepada rakyat untuk bersuara selagi penting tidak menimbulkan kekacauan dan menjejaskan keamanan sejagat.

Menurutnya, Pas Kawasan Maran menerima arahan daripada Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mengarahkan 30,000 ahli Pas Pahang untuk menyertai himpunan Aman Bersih 2 pada 9 julai ini.

“Himpunan yang akan diadakan bukan sekadar mewakili suara Pas tapi mewakili sebahagian besar rakyat Malaysia yang inginkan pilihan raya secara bersih dan adil daripada gangguan kuasa tertentu.

“Kami yakin jika pihak polis memberi kerjasama yang baik di samping tiada provokasi daripada pihak tidak bertanggungjawab, perhimpunan tersebut berjalan dengan baik dan aman,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shamsuri berkata, sejarah himpunan yang dianjurkan Pas dan badan bukan kerajaan (NGO) biasanya akan berjalan lancar melainkan diganggu pihak polis atas arahan kerajaan.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan panik dalam kalangan peserta sehingga mengundang kejadian di luar jangka.

“Kami meminta agar kerajaan memberi peluang kepada rakyat untuk meluahkan rasa hati kerana beberapa siri perbincangan penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal.

“Malah, atas kepentingan politik tertentu, SPR terpaksa melanggar perlembagaan maka kesilapan ini jelas terserlah apabila menyebelahi politik UMNO,” katanya.

Pas Kawasan Maran menyeru rakyat khususnya warga Maran agar turun beramai-ramai demi memperjuangkan generasi akan datang bagi melahirkan pemimpin yang bersih dan adil berlandaskan syariat Islam.SH

No comments:

Post a Comment