Tuesday, July 19, 2011

Trend isteri pukul suami

JEDDAH: Purata seramai 140 isteri di bandar raya ini memukul suami mereka dalam sebulan, iaitu 20 peratus daripada kes seumpama itu yang dilaporkan di seluruh negara setiap tahun.

Golongan isteri hanya akan mengambil tindakan ganas apabila mereka sudah hilang sabar dan tidak dapat mengawal kemarahan mereka, kata Fathiyyah Al-Quraish, anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Saudi kepada Arab News mengenai laporan peningkatan kes isteri memukul suami di negara itu.

Fathiyyah menolak sebarang bentuk keganasan yang dilakukan baik oleh lelaki atau perempuan, tetapi dia berkata, wanita mempunyai cara yang terhad untuk menunjukkan rasa marah mereka, termasuk melakukan keganasan.
Dia mahukan lebih banyak pusat kaunseling keluarga dan institusi sosial ditubuhkan untuk mengatasi trend ini. “Kita harus memberi lebih perhatian kepada isu ini sebelum ia merebak,” katanya.

Ketua Jabatan Pendamai di Mahkamah Awam di Makkah, Mokhtar Muhammad Mawloud, yang juga seorang kaunselor keluarga berkata, pihaknya telah menyelesaikan beberapa pertikaian antara suami dan isteri. - AN

myMetro | Trend isteri pukul suami

No comments:

Post a Comment