Sunday, August 5, 2012

"Bahkan dia akan hidup"

Adalah aku ketika kecil banyak penyakit, sehingga suatu hari, ibuku berkata kepada ayahku (semoga Allah merahmati kedua-duanya) ketika kami sedang makan-makan: "Saya rasakan anak ini tidak akan hidup lama". Maka ayahku menjawab: "Bahkan dia akan hidup". Kemudian benarlah kata-kata ayahku itu melalui peristiwa aku dimasukkan ke dalam penjara pada zaman Gamal Abdel Nasir, dengan rancangan jahat seorang magribi yg aku hormatinya dengan penuh penghormatan, dia melakukan rancangan jahat itu bersama dengan mata-mata Mesir dengan tuduhan aku seorang perisik bagi Perancis ke atas Algeria, dan itu adalah tuduhan yg palsu. Kemudian aku ditetapkan hukuman mati. Setelah ditetapkan hukuman, aku bersumpah kepada para pemberita yg mengerumuniku bahawa sesungguhnya tidak akan dilaksanakan hukuman mati ke atasku, kemudian mereka merasa pelik. Dan di antara apa yg orang-orang Mesir menganggapnya sebagai karamahku: Sesungguhnya hakim yg beragama kristian yg telah menjatuhkan hukuman ke atasku, kemudian tidak sampai dua bulan sehinggalah dia terjatuh daripada bumbung rumahnya kemudian mati, dan segala puji bagi Allah".

Petikan kata-kata Sheikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari dalam kitab Sabil al-Taufiq.

No comments:

Post a Comment