Sunday, August 5, 2012

INDAHNYA JIKA PEMIMPIN MENJADI IMAM SOLAT

Ramli Joned


Mempraktikkan SOLAT BERJEMAAH dalam masyarakat mampu menguatkan sistem organisasi dalam negara... Hal ini dapat dilihat melalui hikmah solat berjemaah, antaranya, merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan penduduk....

ALANGKAH INDAHNYA jika pemimpin menjadi imam, kerana kekuatan sembahyang berjemaah juga boleh menimbulkan sikap kasih sayang, hormat-menghormati dan menjalinkan persefahaman.... Syarat-syarat untuk menjadi imam sembahyang berjemaah adalah sama dengan syarat untuk menjadi pemimpin dari segi kemampuan menguasai ilmu agama.... Seorang imam perlu menguasai bacaan Al-Quran lebih baik daripada makmumnya dan lebih faham perkara berkaitan rukun dan syarat.... Begitu juga pemimpin, seorang pemerintah perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam untuk mentadbir negara, kerana kuasa menghukum terletak di bahunya.... Kejayaan umat Islam sebelum ini adalah kerana MEREKA MEMPRAKTIKKAN ROH SEMBAHYANG itu di luar sembahyang....

Dalam SOLAT, mereka merendah diri kepada Allah SWT.... Di luar solat, mereka tawaduk, tidak sombong, tidak angkuh atau membesarkan diri..... Mereka solat berjemaah dan patuh kepada imam, selagi imam patuh kepada syarat dan rukun... Di luar sembahyang, mereka hidup dalam masyarakat yang harmoni, mentaati pemerintah selagi pemerintah mentaati Allah SWT....

Dalam sembahyang berjemaah juga mereka berbaris dalam satu saf yang tersusun rapi.... Di luar sembahyang, mereka berganding bahu dalam organisasi yang teratur untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka....
Seseorang yang dianugerahi Allah SWT untuk menjadi pemimpin, hendaklah menunjukkan rasa cintanya dalam menyampaikan dakwah Islam kepada bawahannya atau rakyatnya.... Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh pendakwah, ustaz mahupun tabligh, tetapi dakwah juga dipertanggungjawab kepada pemimpin..... Maksud dakwah ialah mengajak individu ataupun masyarakat ke arah yang lebih baik dari setiap sudut ekonomi, politik, sosial, pendidikan, sains dan teknologi serta kesihatan....

Insya-Allah, jika seseorang itu berjaya menjadi imam dalam solat jemaah, maka dia akan berjaya dalam memimpin rakyatnya... DEMIKIANLAH YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.... Baginda adalah pemimpin negara, dan Baginda juga adalah IMAM dalam solat berjemaah.... “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri TELADAN yang baik bagi kamu, yaitu bagi orang-orang yang mengharapkan menemui Allah dan Hari Akhir dan mengingat Allah sebanyak-banyak” (QS Al Ahzab 33 : 21)....
 

No comments:

Post a Comment